Meraikan gol adalah emosi yang menjadikan bola sepak itu lebih bermakna. Kami senaraikan 10 celebration dan cerita di sebaliknya.
1. Lionel Messi – Menunjuk Ke Langit
Pemain meraikan gol sambil mendongak atau menunjuk ke arah langit sangat biasa. Cuma kepada siapa ia ditujukan pastinya berbeza-beza.
Untuk antara pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman, Lionel Messi menujukan jaringan itu kepada mendiang neneknya yang sudah lama meninggal dunia.
Messi amat mengasihi neneknya kerana wanita itu orang pertama yang membawa Messi ke padang bola sepak. Beberapa kali neneknya menghantar Messi untuk diserap masuk ke pasukan ketika beliau kecil.
Sayangnya beberapa kali mereka ditolak oleh jurulatih kerana saiz badan Messi. Neneknya sentiasa memberikan kata kata semangat kepada Lionel Messi. Hari ini dia adalah sudah memiliki 5 Ballon d’Or
2. Mesut Ozil – Simbol ‘M’ Dan Menghisap Ibu Jari
Perancang kreatif ini kerap membuat simbol ‘M’, sebelah lagi Ozil menghisap ibu jarinya. Sambutan ini sebenarnya khusus untuk anak saudaranya bernama Mira.
Mira adalah anak saudara sedarah pertama Ozil, dan beliau memberitahu betapa Mira telah memberikan lebih keceriaan kepada keluarga mereka termasuk Ozil.
Walaupun cara meraikan gol itu kurang ‘gempak’ namun selepas tahu maksudnya, ia boleh dikatakan comel!
3. Antoine Griezmann – Hotline Bling
Ketika beliau meraikan gol dengan cara menari dengan 2 tangan beliau dengan simbol gagang telefon ramai memberikan teori berbeza.
Ada yang menganggap ia adalah aksi daripada tarian pelik Ben Stiller dalam filem Along Came Polly. Namun Griezmann menyatakan ia adalah daripada tarian Drake dalam Hotline Bling.
4. Mario Balotelli – ‘Why Always Me’
Mario Balotelli meraikan gol beliau dengan cara yang agak provokatif ketika kemenangan besar Manchester City ke atas Manchester United.
Ramai ingatkan cara meraikan gol itu sebagai lagak Balotelli yang memberitahu kenapa asyik dia yang menjaringkan gol?
Namun Balotelli menyatakan ia ditujukan kepada media dan orang luar yang suka menyibuk tentang hal peribadi dan memandang sebelah mata kehebatan beliau di atas padang.
Satu lagi keraian gol Balotelli yang kita ingati adalah ketika dia berdiri kaku seperti batu tanpa senyum sedikit pun selepas menjaringkan gol ke atas Jerman dalam Piala Eropah 2012.
Ia turut menjadi memes sensasi di internet. Balotelli menyatakan dia tidak pandai meraikan gol kerana dia tidak pernah terfikir untuk meraikan sesuatu yang memang tugas hakiki beliau.
“Saya penyerang, tugas saya menjaringkan gol. Sama juga dengan posmen, selepas meghantar surat mereka tidak meraikannya, kerana itu sudah tugasan.”
5. Gareth Bale – The Eleven Of Hearts
Gareth Bale tidak ada penjelasan terlalu spesifik tentang keraian gol beliau. Namun Bale mengakui dia akan cuba menjaringkan kerana mahu meraikannya dengan cara tersebut yang dipanggil 11 Of Hearts.
Sebelum ini pemain seperti Alexandre Pato dan Angel di Maria melakukan cara yang sama namun Bale dikatakan memiliki hak imej dengan nama 11 Of Hearts. 11 adalah nombor pilihan Gareth Bale.
Anda pasti tidak percaya, Bale telah mendaftarkan cara The 11 Of Hearts ini sebagai hak intelek beliau untuk digunakan dalam produk beliau, pakaian, headgear dan footwear.
Anda boleh rujuk lampiran di bawah ini:
Spurs dan Real Madrid perlu membayar hak imej untuk menggunakan gambar Bale melakukan The 11 Of Hearts dalam tujuan komersial kelab.
Bale dikatakan mendapat sekitar £3 juta daripada kelab beliau untuk hak imej, itu tidak termasuk dengan jualan produk beliau.
6. Luis Suarez – Mencium Tatu Dan 3 Jari
Walaupun dia dikenali dengan watak antagonis di dalam padang. Namun di satu sisi lagi dia adalah no.9 terbaik di dunia buat masa ini dan juga seorang suami dan ayah yang penyayang.
Menurut Suarez:
“Saya mencuim tatu untuk anak isteri saya. Saya mencium 3 jari untuk ketiga-tiga anak saya.”
7. Fabio Borini – Pisau Di Antara Gigi
Borini agak popular dengan cara beliau menjaringkan gol di mana beliau akan metakkan tangannya di antara gigi sambil berlari bendera di penjuru padang.
Borini menjelaskan:
“Di Itali, kami ada perumpaan, apabila seseorang itu sangat inginkan sesuatu. Ia ibarat diletakkan pisau di antara gigi. Ia juga lambang seorang pahlawan yang tidak pernah putus asa, buat atau mati!.”
8. Bafetimbi Gomis – Black Panther
Cara beliau meraikan gol ini memang sinonim dengan beliau sehinggakan di Perancis beliau digelar The Black Panther.
Namun cara meraikan gol itu semakin dikenali selepas aksi menentang Manchester United. Gomis berkata, ia adalah cara meraikan gol yang ditiru daripada The Black Panther sebenar iaitu Salif Keita.
Salif Keita adalah bekas pemain St. Etienne yang menjaringkan 125 gol daripada 145 penampilan.
9. Daniel Sturridge – The Sturridge Dance
Rasanya ramai kita dah tahu tarian yang kita Malaysia gelar tarian sotong Sturidge. Meraikan gol dengan cara menggerakkan tangan tanpa berlari atau berjalan.
Sturridge berkata, dia dulu suka meraikan gol dengan terlalu spontan untuk menarik baju ke atas kepala.
Namun selepas peraturan semakin ketat, pemain boleh dikenakan kad kuning walaupun tidak membuka baju penuh.
Jadi beliau perlu mendisiplinkan diri kerana ia boleh menjadi sesuatu yan spontan kerana mereka adalah penyerang yang memang bertugas menjaringkan gol bak kata Balotelli.
Lalu Sturridge mencipta satu cara meraikan gol paling selamat itu tarian robotik beliau. Tak apa tak cantik janji tak kad kuning.
10. Pogba Dan Jese Lingard – Dab
Tarian ini sebenarnya dipopularkan oleh Cam Newton dari pasukan American Football, Carolina Panthers. Pogba berkata:
“Saya tak ada penjelasan lebih banyak tentang kenapa saya melakukannya, tapi sebab semua orang di dunia melakukannya, jadi saya pun ikut mereka sekali.”
Di padang bola sepak dab semakin popular dan sinonim dengan Paul Pogba.
Baca juga : Memahami Apa Itu Pembahagian 18 Zon Di Dalam Padang