Bayangkan diri anda seorang Ansu Fati. Pada usia 16 tahun anda telah muncul sebagai pemain kedua paling muda membuat penampilan untuk Barcelona, paling muda memulakan perlawanan dalam sejarah kelab, seterusnya pemain paling muda mencetak gol dan menyumbang bantuan jaringan dalam La Liga.
“Oh seperti dunia ana yang punya”, bak kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam lagu Madu Tiga nyanyiannya.
Tetapi hidup ini tidak semuanya berjalan seperti yang kita jangkakan. Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Karier Ansu Fati ketikanya ketika usianya baru menginjak 20 tahun bukanlah seperti yang diimpikan. Beliau pada musim ini kekurangan minit permainan dan bukan lagi pemain pilihan untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama. Peranan utama lebih banyak diberikan kepada pemain-pemain lain.
MD cover I "NO, from Ansu"
Bayern Munich, Man United and Tottenham are all interested in Ansu Fati, but he is convinced he can succeed at Barcelona
Technical reports give approval for the inclusion of Carrasco
Ronald Koeman also endorses the return of Messi pic.twitter.com/zUd7iaLojY
— Barça Notes 🗒 𝕏 (@BarcaNotes) April 13, 2023
Ia tentunya bukan situasi yang baik untuk perkembangan seorang pemain yang pernah diberi jolokan ‘Lionel Messi baharu’ selepas dua tahun lalu ditaklifkan dengan jersi nombor 10 yang merupakan milik legenda kelab tersebut.
Situasi tersebut membuatkan bapa yang juga ejennya, Bori Fati meluahkan hasrat agar anaknya berpisah dengan kelab yang disertai sejak remaja itu demi kelangsungan kariernya yang masih panjang
Fati bukanlah pemain remaja pertama yang berhasil membina pengaruh di kelab Catalan berkenaan, tetapi beliau sepertinya telah terjerumus ke dalam ‘perangkap’ Barcelona yang telah menjerat dirinya ke dalam satu situasi yang memeritkan.
Semua orang tahu kebolehan Fati. Pemain sayap kelahiran Guine itu ‘memecut’ daripada akademi La Masia dan menembusi skuad utama sebelum membuat penampilan-penampilan yang melonjak namanya di pentas Eropah.
Aksi sensasinya di atas padang pantas mencuri perhatian. Gerakan dan tipu muslihatnya membuatkan pelbagai pihak mula membandingkan beliau dengan bakat dimiliki Messi ketika seusia dengannya.
Perkembangannya bergerak dengan cepat. Pada musim pertamanya Fati telah menjaringkan lapan gol daripada 33 perlawanan dalam semua pertandingan.
Bulan lalu, Bojan Krkic seorang lagi pemain yang pernah diagungkan sebagai permata La Masia dan dicanang sebagai ‘pengganti Messi’ telah mengumumkan persaraannya pada usia hanya 32 tahun.
⚽️ 13 – Ansu Fati
⚽️ 12 – Bojan Krkic
⚽️ 07 – Leo MessiBirthday boy @ANSUFATI has scored 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐠𝐨𝐚𝐥𝐬 𝐛𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐚𝐠𝐞 𝐨𝐟 𝟏𝟗 than any other Barça player in #LaLigaHistory! 🌟
💙 @FCBarcelona ❤️ pic.twitter.com/Mw17Jv1PAp
— LALIGA English (@LaLigaEN) October 31, 2021
Sebulan lalu dalam satu sesi temubual, beliau akui bersimpati dengan pergelutan Fati kerana turut pernah berada dalam situasi yang sama.
“Saya berpengalaman merasai kes Ansu Fati ini dalam badan saya sendiri. Anda membawa beban semangat semasa kelab amat memerlukan ‘prudok’ dari La Masia [yang menyerlah],” ujar Bojan.
“Dan saya tak suka untuk untuk berkata mengenainya hanya kerana suka untuk mendengar tentang, tetapi itulah cari kami dilayan.”
Mungkin itulah apa yang Fati ketika ini akan jadi – seorang lagi produk yang dianiaya menjadi ‘mesin’ Barcelona. Mungkin menjadi seorang lagi Bojan, pemain sayap berbakat yang hancur kariernya sebelum mencapai kemuncak.