Tan Sri Annuar Musa: “Tukar Pemain Tak Semestinya Menambah Kos Pasukan”

Sehari dua ini, isu tunggakan gaji pemain pasukan Kelantan telah pun menjadi tumpuan selepas Blazhe Ilijoski mahukan tunggakan gaji beliau dijelaskan.

Ia juga disokong oleh Jonathan McKain yang sentiasa lantang mahukan keadilan terhadap dirinya.

Isu ini sekali lagi telah mendapat perhatian pihak FIFPro. Menurut mereka, sistem di Liga Malaysia merupakan “kegagalan besar”.

Tan Sri Annuar Musa telah menggunakan laman sosial untuk menjelaskan perkara yang berlaku.

Beliau nampaknya cukup berang dengan hal ini.

 

Saya ingin memberi amaran kepada pihak yang mendakwa diri sebagai pro tapi mencampakkan profesionalisma mereka dalam longkang.”

Mereka memilih utk menulis dalam media sosial tanpa ada tanggungjawab utk memeriksa fakta dan peraturan.”

Kata-kata pedas itu ditujukan oleh Annuar kepada McKain dan Ilijoski yang sering ‘bising’ di laman sosial mengenai isu tunggakan gaji.

“Tutup mulut kalau sekadar pandai bercakap.”

Menukar pemain tidak semestinya menambah kos, terutama bila pasukan ada perjanjian tertentu dengan ejen dan pemain berkaitan dengan prestasi mereka atau tahap kecergasan mereka.”

“Menukar pemain untuk memperbaiki prestasi adalah sebahagian daripada usaha memperbaiki aliran keluar masuk wang pasukan.”

“Ia dibuat dengan mengambil kira analisis cost-benefit yang teliti.”

Annuar juga memberikan amaran kepada mereka yang tidak tahu menahu mengenai pengurusan profesional untuk tutup mulut dan diam.

“Tolong diam jika anda tidak pernah mentadbir sebuah pasukan profesional dan mencari dana untuk membayar gaji pemain bola sepak.”

“Kalau sekadar makan gaji sahaja tak usahlah nak berlagak profesional.”

Beliau juga memberikan gambaran yang KAFA sudah lama bersabar dengan bekas pemain yang sering ‘bising’ di laman sosial.

Kepada bekas pemain yang suka main Facebook dan Twitter, kami sudah lama bertolak ansur dengan tindakan anda.”

Mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat mengenai pasukan adalah satu perlanggaran kontrak.”

Kata Annuar di penghujung tulisan, KAFA berhak untuk tidak memberikan perhatian kepada mereka andai mereka tidak menghormati perjanjian.

“Sekiranya itu tidak dihormati pasukan juga berhak untuk tidak simpati terhadap kamu.”

Sebagai penaja kita akan terus membantu pasukan memperbaiki prestasi pasukan yang kami taja terutama pasukan yang sentiasa dicemburui dan sering dianiayai.”

Sampai bila perkara ini mahu dibiarkan berlarutan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN