Annuar Musa Tak Puas Hati Perlawanan Ditunda Saat Akhir, Mahu Penjelasan FMLLP

Jika semalam isu melibatkan Tan Sri Annuar Musa adalah melibatkan perggantungan beliau dari menjalankan tugas sebagai pengerusi MARA, hari ini beliau di laman sosialnya menulis mengenai isu penangguhan perlawanan antara Kelantan dan JDT.

Penangguhan perlawanan yang berlansung pada 4 Februari 2017 (Sabtu) ini menimbulkan persoalan beliau.

Hal ini kerana menurut beliau, pihak FMLLP seperti tidak mengikut peraturan yang ditetapkan untuk perlawanan itu ditangguhkan.

“Jika benar, saya minta pihak FMLLP memberikan penjelasan peraturan mana yang mereka gunakan untuk menangguhkan perlawanan itu.”

Menurut beliau, sekiranya hendak melakukan sebarang penangguhan. Pihak FMLLP perlu mematuhi peraturan 14C yang menyebut:

  • Jika FMLLP membuat pindaan jadual atas sebab-sebab kepentingan pasukan kebangsaan atau kepentingan negara atau pada pendapat Unit Pertandingan FMLLP ia tak dapat dielakkan, maka pasukan-pasukan yang terlibat hendaklah mematuhi pindaan Jadual Pertandingan tersebut dengan syarat pemakluman pindaan tersebut hendaklah selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh perlawanan.

Pindaan saat akhir itu telah menimbulkan persoalan Annuar Musa kerana FMLLP menagguhkan pada saat-saat akhir dan bukan pada 7 hari seperti yang termaktub dalam peraturan bertulis.

Selain itu juga, Annuar juga mempersoalkan tindakan menangguhkan perlawanan ini kerana jadual perlawanan play-off AFC sudah lama dirancang.

Jadual sedia ada sudah mengambil kira kelayakan JDT ke AFC dan playoff yg sudah lama ditetapkan.”

Menurutnya JDT hanya perlu berada di Osaka, Jepun pada 5 Januari iaitu sehari selepas perlawanan Kelantan-JDT.

Beliau juga mengatakan yang skuad JDT mempunyai 30 pemain sepatutnya boleh dilakukan penggiliran skuad (squad rotation) dan beliau menggangap perkara ini tiada masalah.

Dalam masa yang sama, Annuar Musa juga sedar yang pasukan JDT perlukan rehat. Namun beliau bersuara dari segi pihak pasukannya dan juga penyokong Kelantan.

“Namun faktor memberi masa rehat kepada JDT boleh difahami. Tetapi fikirkan implikasi pertukaran jadual perlawanan minit akhir ini yang akhirnya merugikan penyokong tuan rumah yang telah mengambil cuti, membeli tiket kapal terbang pulang ke Kelantan dan sebagainya.”

Justeru elok FMLLP membuat penjelasan supaya mereka tidak dilihat tunduk kepada pihak tertentu tanpa mengambil kira kesan kepada pasukan Tuan rumah.”

Baca juga: Sesi TMJ Bersama Penyokong: Mario Gomez, Kelayakan ACL, & Presiden FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN