Annuar Musa: “Apa Salahnya Kelantan Nak Kuatkan Pasukan?”

Nampaknya, episod baharu kepada drama ini sudah tiba.

Tan Sri Annuar Musa sekali lagi mempersoalkan tindakan FMLLP dengan menulis kenyataan baharu di laman Facebook beliau.

Pasukan miskin

Dalam penulisan baharu beliau, Annuar Musa mengaku yang pasukan Kelantan sebagai ‘pasukan miskin’.

Beliau juga mengaku yang Kelantan tidak mendapat sokongan dari pihak Istana mahupun kerajaan negeri dalam hal kewangan pasukan.

Ya kita Kelantan pasukan yang miskin, pasukan yang kais pagi makan pagi.”

“Pasukan yang didukung orang yang tiada pangkat atau kuasa. Bukan menteri besar (kerajaan negeri) atau pihak Istana.”

Walaupun begitu, Annuar Musa cuma mahukan keadilan untuk pasukannya yang dianggap olehnya sedang menjadi mangsa.

“Namun janganlah buat sesuka hati. Kita hanya mahu keadilan dalam bersukan.”

Menurut Annuar, beliau mengatakan yang Kelantan tidak diberi peluang untuk berunding mengenai isu yang berlaku terhadap pasukan mereka.

Oleh kerana itu menurutnya telah memberikan kesan besar kepada dirinya apabila ia telah memberi implikasi terhadap jawatan beliau di Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan telah mengundang tindakan dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kelantan tidak dibawa berunding supaya masalah dapat difahami. Bermula dengan pelbagai tuduhan terhadap saya hingga merebak ke MARA dan SPRM.”

Bagai jatuh ditimpa tangga, nasib Kelantan semakin tidak menentu apabila 6 mata dipotong oleh FMLLP.

Salahkah kuatkan pasukan?

Beliau juga mempersoal tindakan FMLLP yang menghalang Kelantan dalam menguatkan pasukan.

“Apakah salah kalau Kelantan diperkuatkan?”

“Atau kerana Kelantan miskin dibolehkan jual segala yang ada tapi tak boleh baiki atau perkuat kembali hingga dibiarkan terus mati dan hadapi penyingkiran liga dan tak mampu cabar sesiapa lagi?”

Annuar juga menyifatkan Kelantan menjadi kuasa bola sepak Malaysia kerana usaha dan bukannya kerana punya wang yang banyak.

“Kita juara bukan kerana ada wang yang banyak. Tapi juara kerana usaha dan bersemangat waja dan tak putus asa.”

“Kita tak mati walaupun didenda. Kita tak putus asa walaupun dihina. Kita tak pecah walaupun diadu domba. Kita tak mengalah walaupun dirampas semua.”

“Itulah Kelantan, itulah Kelantan kita. Kita muncul lebih perkasa!!”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN