Hari ini sepatutnya merupakan hari terakhir untuk pasukan-pasukan Liga Malaysia yang tidak membayar gaji pemain untuk melunaskan bayaran mereka.
Namun begitu, masih ada pasukan yang gagal untuk melunaskan bayaran yang ditetapkan.
Antaranya adalah pasukan Kelantan.
Bukan penyelesaian
Bekas presiden KAFA iaitu Tan Sri Annuar Musa telah pun tampil di laman sosial beliau memberikan penjelasan mengenai situasi yang melanda pasukan Kelantan ketika ini.
Menurut sumber, para pemain Kelantan sudah 2 bulan tidak dibayar gaji oleh pihak KAFA.
Hari ini merupakan hari terakhir untuk pasukan Liga Malaysia untuk melangsaikan gaji tertunggak para pemain.
Namun begitu, Annuar Musa mahukan FAM supaya tidak terburu-buru dalam urusan ini.
Beliau juga berkata yang hukuman pemotongan mata bagi pasukan yang gagal melunaskan bayaran gaji adalah bukan penyelesaian terbaik.
“Tak usah terburu-buru wahai FAM. Potong mata bukan jalan penyelesaian, kalau potong leher sekali pun,”
Beliau memberikan alasan yang terdapat beberapa kesulitan dalam menyelesaikan hal tunggakan gaji tersebut.
“Bukannya pasukan tak mahu bayar tapi kalau ditangan tidak ada (atas beberapa masalah), ugutan tak akan selesaikan masalah.”
Walaupun begitu, Annuar Musa berikan jaminan yang urusan gaji tertunggak akan diselesaikan dalam masa terdekat.
“Untuk masalah gaji 2 bulan tak dibayar, urusan dijangka selesai selepas cek yang diberi oleh pembayar clear di bank dalam masa sehari dua lagi.”
“Jika cek sudah disahkan, gaji dan beberapa perkara lain turut akan diselesaikan.”
Sebanyak 6 pasukan Liga Malaysia didapati tidak membayar gaji para pemain mereka. 2 adalah Liga Super dan 4 Liga Perdana.
FMLLP memberikan amaran untuk menolak 6 mata liga kepada mana-mana pasukan yang gagal menyelesaikan masalah tersebut dalam masa yang diberikan.
Baca juga: 6 Pasukan Liga Malaysia Bakal Dipotong Mata Jika Tak Bayar Gaji Pemain