Annuar Musa Dianggap ‘Bapa Perosak’ Bola Sepak Kuala Lumpur

Annuar Musa Perosak KL City

Seperti yang dijangka, apabila pasukan bola sepak mula menuai ‘sedikit’ kejayaan, ‘orang politik’ akan sentiasa mengambil peluang untuk mendapatkan kredit dan meletakkan dirinya selaku ‘wira’.

Entah apa yang ada dalam kepada manusia bernama Annuar Musa sehingga tergamak ‘mengimport’ pasukan gendang dari Kelantan kononnya untuk memeriahkan perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Kuala Lumpur City dan Johor Darul Ta’zim.

Tindakan Patron atau ‘punahsihat’ KL City itu ternyata mengundang kemarahan penyokong setia pasukan ibu kota berkenaan yang menganggap ianya satu bentuk ‘penghinaan’ seolah-olah pasukan Kuala Lumpur tiada penyokong yang mampu untuk memukul gendang.

Luahan penyokong Kuala Lumpur ini disiarkan damenerusi satu hantaran Facebook T59-Bangsar yang menegaskan tindakan Annuar Musa itu mempunyai tujuan dan matlamat peribadi dan menjadi budaya ahli politik dalam organisasi bola sepak.

“Kami secara lantangnya tidak memerlukan penyokong import untuk memeriahkan Stadium Bukit Jalil bagi side Kuala Lumpur. Cukup sekadar apa yang ada walaupun jumlahnya hanya 17 orang,” ujarnya.

“Kami sering dijadikan bahan jenaka, tapi itu semua tak menjadi masalah untuk kami. Yang pasti kami perlukan “JIWA” untuk menyokong pasukan kami.

“Kalau “Patron” terlampau mahukan kemeriahan di perlawanan akhir, mungkin boleh menggunakan mana2 organisasi yang berada di Kuala Lumpur. Bukan mengambil dari negeri lain. Ingat orang KL tak ada tangan ke nak ketuk rebana ubi tu?”

Bagi penyokong itu, untuk memeriahkan stadium dengan penyokong, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu boleh sahaja menjemput murid-murid sekolah sukan yang ada berdekatan Kuala Lumpur, asalkan ianya masih berkaitan dengan bandaraya ini.

“Apa kena mengena orang negeri lain duk pukul gendang dekat KL ni. Kau kalau nak tabur bakti pun bukan ini cara dia. KL is KL bro. Nak bagi tiket percuma kau punya pasal. Tapi jangan buat memekak dengan gendang dan kain rentang dari negeri lain.

“KL yang layak ke Final , orang Kelantan yang penuh side KL. Ini kelakar.”

Leave a Reply