Annie Zaidi: Kisah Wanita Muslim Berbangsa British Menjadi Jurulatih Bola Sepak

Sebagai penyokong Arsenal, beliau menyimpan hasrat dan cita-cita untuk menjadi pengurus Arsenal. Tetapi, bukan menggantikan Arsene Wenger!

Mungkin Annie Zaidi maksudkan sebagai pengurus skuad wanita Arsenal.

Wanita berbangsa British daripada etnik Asia Selatan mula dikenali kerana menjadi jurulatih skuad bola sepak wanita. Ya, di celah-celah negara majoriti bukan beragama Islam.

Kisah Annie

Annie kini menjawat jurulatih pasukan bawah-15 tahun lelaki kelab Solihull Moors. Pengarah bola sepak di kelabnya, Mark Fogarty berpendapat Annie mempunyai tenaga dan minat mendalam sebagai jurulatih.

Malah, ada ibu bapa pemain di bawah kendalian Annie amat memuji karakter beliau. Pemain di bawah latihan Annie turut berkongsi pendapat jurulatih itu banyak memberi sokongan kepada mereka.

Kritikan?

Annie Zaidi. Sumber: BBC.

Sebelum ini, beliau pernah menjadi jurulatih pasukan wanita bagi Leicester City.

Namun, beliau pernah meluahkan rasa apabila menerima kritikan. Bagi etnik Asia Selatan, bermain bola sepak dianggap ‘taboo’ lebih-lebih lagi bermain dengan lelaki semasa kanak-kanak.

Bagi mereka, lebih baik anak perempuan mereka bermain bola jaring atau badminton. Pernah juga Annie menerima kritikan pedas dari sesetengah ahli komuniti di mana mereka tinggal.

Namun ia tidak mematahkan semangat beliau untuk mendapatkan lesen kejurulatihan. Beliau pernah mendapat sokongan daripada Chris Ramsey dan Les Ferdinand.

Queens Park Rangers merupakan kelab yang pernah memberikannya peluang mencurahkan bakti di samping Leicester dan Solihull Moors.

Anugerah bermakna

Ketabahan Annie Zaidi telah meraih perhatian ramai pihak. Beliau telah dianugerahkan oleh Helen Rollason Award for Inspiration.

Anugerah ini diberikan pada November 2015 sewaktu Sportswomen of The Year Award. Malah, FIFA pernah menjemputnya untuk memberikan ceramah dalam program anjuran organisasi itu.

Kini, beliau telah memiliki lesen kejurulatihan UEFA taraf B. Ini menjadikannya beliau sebagai jurulatih berhijab pertama di UEFA.

Semoga kisah ringkas ini memberikan inspirasi kepada ramai wanita Muslim di luar sana agar mencontohi perjalanan beliau. Walaupun dicemuh dan dikritik hebat masyarakat sekeliling.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN