Pelan untuk mewujudkan European Super League (ESL) kini secara rasminya sudah termusnah menurut pengerusi Juventus iaitu Andrea Agnelli.
Situasi tersebut berlaku selepas kini tinggal hanya empat pasukan sahaja yang kekal dalam pakatan mencipta liga super itu selepas Inter Milan dan Atletico Madrid antara muka terkini yang menarik diri.
Sebelum ini, keenam-enam wakil dari Premier League iaitu Arsenal, Chelsea, Liverpool, Manchester United, Manchester City dan Tottenham Hotspur telah menarik diri.
Kini tinggal hanyalah Real Madrid, Barcelona, Juventus dan AC Milan.
“Secara jujurnya, ianya tidak boleh diteruskan,” kata Agnelli menerusi BBC Sport.
Walaupun sudah menangkat bendera putih, tetapi Angenlli masih berasakan yang projek ESL ini boleh dilaksanakan pada masa akan datang.
“Saya masih yakin dengan keindahan projek ini, pada nilai yang bakal dibangunkan kepada piramid bola sepak, untuk mencipta sebuah pertandingan terbaik di dunia.”
“Tetapi malangnya tidak, saya tak rasa projek ini diteruskan buat masa ini.”
Penarikan diri jelas sekali membuatkan ESL tidak mampu dilaksanakan melainkan mereka mampu mengajak kelab lain menyertai bersama kejohanan itu.
Atletico Madrid mengatakan keputusan menarik diri dari ESL adalah bertujuan untuk menjaga keharmonian antara kelab dan juga penyokong.
Malah ianya turut disokong oleh Diego Simeone dan skuadnya yang kelayakan secara merit mendahului segala-galanya dalam sukan.
Bagi Inter pula, komitmen memberikan yang terbaik untuk penyokong akan diteruskan selain kerjasama dengan semua pemegang taruh dalam industri bola sepak tak akan pernah berubah.
Baca juga artikel kami mengenai European Super League:
European Super League: Perangai Tidak Sedar Diri Man Utd, Liverpool, & Arsenal Dibidas
Main European Super League, FIFA Akan Haramkan Pemain Sertai Piala Dunia