Angkara Simbahan Asid, Kualiti Permainan Faisal Halim Bakal Terjejas

Ketika ini, pelbagai persoalan timbul mengenai perjalanan karier penyerang kebangsaan iaitu Faisal Halim jika beliau masih mampu untuk beraksi seperti dahulu atau tidak.

Apa tidaknya, Faisal merupakan salah satu tonggak utama skuad kebangsaan yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kerana impak diberikan beliau cukup baik di pentas antarabangsa.

Malah, beliau turut menjadi pemain paling mencuri tumpuan dalam saingan Piala Asia 2023 di Qatar selepas gol beliau dinobatkan selaku jaringan tercantik sepanjang kejohanan tersebut berlangsung sewaktu bertemu Korea Selatan.

Saat karier Faisal dilihat sedang memuncak, segalanya berubah dalam sekelip mata apabila tragedi malang menimpa pemain tersebut beberapa hari lalu.

Bintang Selangor itu menjadi mangsa kedua membabitkan kronologi kes serangan jenayah terhadap pemain tempatan apabila dirinya disimbah asid oleh dua penjenayah tidak berhati perut.

Simbahan asid itu menyebabkan tubuh Faisal mengalami kecederaan teruk yang memerlukan dirinya menerima tiga pembedahan setakat ini di salah satu hospital swasta.

Melihat kepada keadaan Faisal kini yang menyedihkan, tanda tanya tercetus jika pemain itu mampu mengembalikan prestasi beliau pada masa hadapan.

Menurut Dr Noor Ameera Rahmat selaku Doktor kulit di Klinik Usraa, Faisal segalanya masih terlalu awal untuk menyatakan karier Faisal bakal tamat dalam dunia bola sepak.

Walaupun begitu, kebiasaan mangsa yang mengalami kecederaan melecur tahap keempat sukar untuk pulih 100% seperti asal.

Disebabkan itu, ada kemungkinan ia mampu memberi kesan sebenarnya buat perjalanan karier bola sepak Faisal seperti lalu.

“Ada peluang untuk (Faisal) pulih, cuma untuk pulih 100 peratus sukar, mungkin 30 ke 40 peratus sahaja. Ia akan membabitkan banyak siri pembedahan dan pembedahan itu pun ambil masa yang lama sebab doktor nak tengok perkembangan luka dia.

“Kalau tahap empat memang mengambil masa berbulan-bulan sebab dari pembedahan pun akan ambil 17 ke 21 hari. Bergantung kepada perkembangan luka, kalau dia tiada penyakit lain dan menjaga pemakanan, mungkin mudah atau cepat luka nak baik.

“Jika diikutkan, kecederaan tahap empat boleh menjejaskan karier dia, tapi kita tengok dalam proses penyembuhannya. Kalau dia kuat semangat dan luka dia cepat baik, mungkin ada peluang untuk dia bermain semula dan masih terlalu awal nak kata dia perlu bersara awal.

“Untuk pembedahan, doktor akan ambil kulit tempat lain seperti paha bagi menutup tempat kulit yang terbakar dan kalau perasan bila terbakar kulit akan jadi macam tertarik. Ia perlu rawatan sebab bila kulit tertarik ia akan menyebabkan pergerakan terbatas,” kata beliau menerusi laporan dikeluarkan khas oleh Berita Harian.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN