Angin Sepoi-Sepoi Bahasa Bawa Khabar Tan Cheng Hoe Bakal Ke MU

Secara tiba-tiba kini timbul sepekulasi bahawa bekas Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe bakal menyertai Melaka United.

Perkhabaran itu tidak menghairankan selepas Melaka United mengumumkan khidmat Zainal Abidin Hassan sebagai ketua jurulatih tidak lagi diperlukan lagi untuk musim 2022.

“Memang benar MU akan mendapat jurulatih baharu menggantikan Zainal. Siapa jurulatih itu akan saya umumkan tidak lama lagi termasuk barisan pemain,” kata Ketua Pegawai Eksekutif KenTeam Sdn. Bhd. (KenTeam), Datuk Seri Justin Lim seperti yang dipetik daripada Utusan Digital pada hari ini.

Siapa bakal pengganti Zainal?

Perkhabaran terbaru di Melaka United mencetuskan khabar angin Tan Cheng Hoe bakal menyertai pasukan itu untuk Liga Malaysia 2022.

Ciapan sebuah portal sukan, turut menghangatkan desas desus jurulatih kelahiran Alor Star itu akan berpengkalan di Stadium Hang Jebat pada musim hadapan.

Tan Cheng Hoe sebelum ini meletak jawatan sebagai pengendali skuad negara pada awal Januari – selepas membimbing pasukan itu sejak 2017 – susulan kegagalan di Piala AFF 2020 di Singapura pada Disember lalu.

Ketika mengumumkan peletakan jawatannya sebelum ini, Tan Cheng Hoe turut pernah berkata mahu berehat sebentar daripada bola sepak sebelum merangka kembali perancangan untuk musim hadapan.

Bukan Cheng Hoe

Namun pendedahan wartawan The Star, T. Avineshwaran mengenai masa depan bekas pengendali negara itu telah memadam sama sekali speukasli tersebut.

Menurut Avineswaran, khabar angin Tan Cheng Hoe bakal ke Melaka United adalah tidak benar sama sekali.

Malah bekas pengendali skuad kebangsaan yang dihubungi oleh beliau sendiri itu menafikan perkhabaran dirinya akan ke Melaka United.

Nampak gayanya penyokong Melaka United harus lebih bersabar dan menunggu lebih lama siapakah jurulatih yang bakal menggantikan Zainal selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN