“Anggap Perlawanan Bertemu Sri Pahang Penting” – Ong Kim Swee Yakin Sabah Bakal Kekal Momentum Kemenangan

Saat yang dinantikan kini sudah tiba, tirai saingan Liga Super 2022 kembali bersambung setelah berehat selama sebulan dan Sabah antara pasukan giat mempersiapkan diri dalam usaha memperbaiki kelemahan mereka.

Bertemu Sri Pahang malam ini, pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee pastinya tidak sabar untuk melihat hasil latihan mereka setelah turut menjalani siri perlawanan persahabatan di Indonesia sebelum itu.

Tampil dengan serba baharu dalam barisan pemain musim ini, pastinya Kim Swee paling sibuk untuk memperbaiki persefahaman antara pemain bagi mengharungi setiap perlawanan.

Kim Swee juga melihat pertemuan bersama Sri Pahang yang bakal berlangsung di Stadium Likas malam ini sebagai sesuatu yang sangat penting untuk beliau.

Menurut pengendali berusia 52 tahun itu, dengan kemenangan mengatasi Sri Pahang mampu untuk terus mengukuhkan kedudukan Sabah dalam saingan Liga Super lebih baik berbanding sebelum ini.

Kim Swee juga menuntut anak-anak buahnya agar terus konsisten dalam perlawanan selepas menentang Sri Pahang kerana selepas ini Sabah juga berdepan misi getir untuk menentang Selangor dan Negeri Sembilan dan berharap keputusan positif dapat terus dilakar kelab tersebut.

“Kita anggap perlawanan dengan Sri Pahang FC malam ini adalah merupakan satu perlawanan yang saya percaya sangat penting.

“Ini bukan sahaja untuk memastikan kita teruskan mencapai momentum kemenangan berterusan malah cuba mempamerkan aksi cemerlang ketika bermain di gelanggang sendiri,” katanya menerusi laman rasmi Sabah.

Ketika ditanya mengenai perlawanan persahabatan sebelum itu di Indonesia, Kim Swee menjelaskan siri jelajah tersebut penting untuk memperbaiki persefahaman dan kombinasi antara pemain selain beberapa kelemahan sebelum itu diperbaiki.

“Kita percaya selepas tiga perlawanan di Indonesia, Sabah FC mempelajari banyak aspek daripada segi kekuatan dan kelemahan jadi ini penting untuk kita bersiap sedia menghadapi pasukan Sri Pahang FC malam esok,” katanya

Dalam masa sama, setakat ini semua para pemain berada dalam keadaan terbaik untuk diturunkan malam ini kecuali Nazirul Naim dan Dirga Surdi dikhabarkan mengalami kecederaan.

“Selain daripada itu semua pemain berada pada tahap yang cukup baik. Saddil kita tahu bersama pasukan Indonesia baik pasukan Bawah 23 mahupun pasukan senior Indonesia.

“Beliau pasti mengalami sedikit keletihan tetapi kita akan lihat bagaimana daripada segi kepenatan Saddil ketika bersama pasukan Indonesia untuk saya pertimbangkan sama ada beliau akan diturunkan ataupun tidak malam esok,” katanya.

Sumber:
Sabah FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN