Anggap Dirinya Insan Kerdil, Pan-gon Tidak Lupa Beri Kredit Kepada TMJ

Pengurus skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon memberikan kredit kepada pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) atas kejayaan Malaysia layak ke Piala Asia 2023.

Malaysia berjaya menewaskan Bangladesh 4-1 dalam aksi perlawanan terakhir peringkat kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023 malam semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Safawi Rasid, Dion Cools, Syafiq Ahmad dan Darren Lok berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan tersebut.

Kim Pan-gon dipuji atas kebijaksaan beliau mengendalikan skuad Harimau Malaya hingga berjaya membawa Malaysia ke pentas Piala Asia 2023.

Walau bagaimanapun, pengurus dari Korea Selatan itu menolak untuk menerima pujian, sebaliknya menghamburkan pujian menggunung kepada pelbagai pihak atas kejayaan Malaysia.

“Saya hargai fans yang datang, terima kasih semua, ultras Malaya yang telah memberikan sokongan luar biasa, terima kasih.”

“Dan saya juga mahu ucapkan terima kasih kepada semua kelab, jurulatih, pemilik, semua pemain, terutama JDT, terima kasih banyak-banyak TMJ, dia hantar 15 pemain untuk bantu kami, mungkin ia hal tipikal untuk mereka, terima kasih banyak-banyak untuk sokongan.”

“Terima kasih Perdana Menteri datang bagi sokongan, kerajaan sangat menyokong kami, terima kasih banyak-banyak.”

Jelas Kim Pan-gon ketika sesi sidang media selepas tamat perlawanan.

Beliau turut menganggap yang dirinya hanyalah pengurus biasa-biasa yang datang ke Malaysia untuk membantu apa saja yang beliau mampu.

Pan-gon sama sekali tidak menganggap yang beliaulah individu paling berjasa dalam membawa Malaysia ke Piala Asia sebaliknya menganggap sokongan dari pelbagai pihak yang berjaya mencetuskan kejayaan skuad Harimau Malaya pada hari ini.

Pan-gon beri kredit kepada TMJ

Kim Pan-gon percaya yang Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merupakan individu yang paling banyak menyumbang dalam kemajuan bola sepak Malaysia hari ini.

“Sebenarnya ketika saya dijemput ke sini saya ada dua misi, pertama saya perlu bawa pasukan saya ke Piala Asia dan menang Piala AFF.”

“Namun, walaupun saya ada misi, tapi kalau saya tak dapat sokongan dari foundation yang kuat, ia tak akan menjadi kenyataan.”

“Oleh itu saya ingin berterima kasih kepada pasukan-pasukan Liga Super terutama TMJ yang sentiasa memberi sokongan penuh kepada saya. Saya hanya jurulatih kerdil dan bila saya datang sini saya minta tolong daripada semua pihak dan saya mendapat kerjasama penuh daripada semua pasukan,”

Beliau tidak henti-henti menyebut nama TMJ kerana banyak memberi sokongan kepadanya dalam mengendalikan skuad Harimau Malaya.

Kim Pan-gon Bijak mengawal keharmonian dalam skuad

Pan-gon juga sebenarnya sangat bijak dalam menjaga keharmonian di bilik persalinan dan hal itu mungkin tidak disedari oleh para peminat.

Pengurus dari Korea Selatan itu sebenarnya seorang bapa yang penyayang dan beliau benar-benar melindungi anak-anak buahnya seperti anak sendiri.

Setiap kali ada sesi sidang media, Pan-gon sama sekali tidak akan menjawab sebarang persoalan berkait pemainnya secara individu.

Beliau juga tidak mahu ada yang mengkritik persembahan atau permainan anak-anak buahnya dan menganggap satu kesalahan perlu dipikul oleh semua pihak termasuk dirinya sendiri.

Cara beliau menguruskan skuad Harimau Malaya jelas sekali menunjukkan yang beliau akan sentiasa mementingkan mental pemainnya dan tidak akan membenarkan tumpuan anak-anak buahnya terjejas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN