Pada perlawanan persahabatan Tier 1 lalu ketika menentang Hong Kong, aksi pemain muda negara iaitu Arif Aiman boleh dianggap antara paling cemerlang sepanjang permainan apabila kelibat beliau sering menyukarkan pertahanan lawan.
Walaupun tidak meledak sebarang gol, sumbangan pemain ini di bahagian serangan boleh dianggap sesuatu yang sangat cemerlang dan matang dalam permainan untuk diberi pujian oleh para penyokong Harimau Malaya.
Keputusan Masa Penuh
Perlawanan Antarabangsa Tier 1 | Rabu, 1 Jun 2022
MALAYSIA 🇲🇾 2-0 🇭🇰 HONG KONG
⚽️ Safawi Rasid 31' (P) Safiq Rahim 90'#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/sYYsMrBaM0
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 1, 2022
Menurut beliau, apa yang ditampilkan setakat ini di atas padang masih belum mencukupi dan Arif sentiasa mahukan lebih baik untuk perlawanan seterusnya berbanding sebelum itu.
Sikap yang ditanam dalam diri pemain tersebut membuatkan dirinya sentiasa mahu berusaha agar menjadi lebih baik di atas padang sekali gus mampu untuk memberi sumbangan lebih bernilai buat rakan sepasukan.
Pada perlawanan persahabatan baru-baru ini, Malaysia berjaya mengetepikan cabaran Hong Kong dengan mencipta kemenangan 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hasil jaringan Safawi Rasid di separuh masa pertama menerusi sepakan penalti serta ledakan gol pada penghujung perlawanan oleh Safiq Rahim.
Arif Aiman touch map against Hong Kong on Wednesday night.
Loved the combination Arif-Davies at the right. Arif Aiman is completely effective staying at the RW. pic.twitter.com/TSpvCYhYGn
— anwar (@dreamsDatabits) June 3, 2022
Arif yang diturunkan dalam kesebelasan utama nyata berjaya membalas kepercayaan Kim Pan-gon untuk memberi persembahan yang cukup cemerlang menerusi larian deras, gelecekan, serta kualiti hantaran lintang berbahaya.
Walaupun begitu, Arif enggan melabelkan diri beliau selaku pemain harapan buat negara walaupun tampil menyerlah dalam perlawanan tersebut.
Menurut beliau, gelaran pemain harapan tersebut sepatutnya diberikan buat semua rakan sepasukan lain dan bukan tertakluk kepada individu sambil menyifatkan dirinya hanya pemain biasa sahaja.
Let’s continue tigers🐯💪🏻🙏🏻 pic.twitter.com/QQATBHvPuq
— arifaiman42 (@ariifaiman) June 2, 2022
Untuk rekod, dalam senarai pemilihan pemain skuad kebangsaan kali ini, Arif merupakan pemain termuda yang dipanggil Pan-gon untuk memperkuatkan pasukan bagi menghadapi aksi Kelayakan Piala Asia 2023 tidak lama lagi.
Menyedari perlawanan selepas ini lebih mencabar buat beliau dan rakan sepasukan lain, Arif berkata latihan perlu diteruskan dengan pemain harus lebih fokus agar dapat mengekalkan tahap optimum terbaik untuk menentang lawan seterusnya.
“Saya harap (perlawanan) malam ini (semalam) sebagai permulaan untuk saya persiapkan diri menghadapi kelayakan Piala Asia 2023 nanti,” katanya.
Pada masa sama, Arif Aiman berkata tiada rahsia di sebalik kematangan dan ketenangan yang ditonjolkan dalam permainannya biarpun menjadi pemain termuda beraksi untuk skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.
“Sebab saya anggap bola sepak macam satu hobi, memang saya minat dari dulu dan tidak anggap ia satu bebanan dan ini kerja yang saya hendak dari dulu lagi,” kata beliau menerusi Berita Harian.