Angel Di Maria Lanjutkan Kontrak Dengan PSG Selama Tiga Tahun

Bintang tengah Argentina, Angel Di Maria mengesahkan beliau tidak akan berhijrah ke pasukan lain apabila mendatangani kontrak lanjutan untuk tempoh tiga tahun sekali gus kekal beraksi dengan kelab gergasi Perancis, Paris Saint Germain (PSG).

Di Maria juga kini menjadi tonggak utama PSG sejak berhijrah daripada Manchester United pada tahun 2015.

Kini pemain berusia 30 tahun tersebut akan terus beraksi di Ligue 1 sehingga 30 Jun 2021 ketika umurnya menjangkau 33 tahun.

“Saya sangat gembira apabila dapat melanjutkan kontrak di PSG sehingga 2021.

“Saya sukakan pengalaman selepas tiga tahun berada di sini yang mana kini saya telah mempunyai segalanya untuk bermain dengan lebih baik. Setiap hari saya rasa sangat dihormati apabila menjadi sebahagian daripada setiap perancangan pasukan.

“Masih banyak perkara yang perlu dicapai di sini bersama pemain lain untuk menjadikan PSG sebagai sebuah pasukan gergasi di peringkat antarabangsa.

“Sokongan daripada semua yang sayangkan pasukan telah memberikan kami beraksi di luar kemampuan. Kini kami bersama-sama untuk berdepan cabaran baharu dan percaya sesuatu yang lebih baik akan hadir selepas ini,” kata Di Maria.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN