Andy Robertson Tandatangani Kontrak Lanjutan Bersama Liverpool Sehingga 2024

Robertson

Pemain pertahanan kiri Liverpool, Andy Robertson yang semakin mempamerkan aksi cemerlang telah melanjutkan kontraknya bersama The Reds sehingga tahun 2024.

Lanjutan kontrak selama lima tahun oleh Robertson itu telah mengikuti jejak langkah Mohamed Salah, Roberto Firmino, Sadio Mane dan Joe Gomez yang turut menyatakan komitmen jangka panjang bersama pasukan.

Menurut sumber Goal, kontrak baharu yang ditandatangani pemain antarabangsa Scotland ini meneruskan polisi kelab iaitu tidak disertakan dengan klausa perlepasan (release clause).

”Sebaik sahaja kelab datang kepada saya (tawaran kontrak), mudah buat saya untuk membuat keputusan. Saya mahu terus kekal di sini.”

”Apabila mereka meletakkan tawaran tersebut di atas meja, saya terus menandatanganinya dengan begitu cepat,” ujar Robertson yang bercakap kepada laman web rasmi Liverpool.

”Ia merupakan kontrak yang mudah buat saya dan saya pasti buat kelab ni juga. Kami mencapai kata sepakat dengan begitu cepat.”

Andy Robertson, 24 tahun direkrut daripada Hull City pada 21 Julai 2017 dengan nilai £8 juta dan aksi yang dipamerkan bersama Liverpool telah menjadikan beliau selaku kapten buat skuad kebangsaan Scotland ketika ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN