Tonggak utama Liverpool, Andy Robertson berpendapat banyak perkara perlu dipertingkatkan dalam penggunaan teknologi Video Assistant Referee (VAR) yang pada ketika ini seringkali menjadi pertikaian pasukan-pasukan terutamanya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Tanpa berselindung, pemain kelahiran Glasgow itu melihat orang ramai sudah tidak begitu menikmati keindahan bola sepak sejak teknologi tersebut mula digunakan dalam bola sepak.
Robertson turut menjadi mangsa VAR pada minggu lalu apabila kekasarannya dilakukannya terhadap Danny Welbeck telah memberikan sepakan penalti pada lewat permainan yang sekali gus menggagalkan usaha Liverpool untuk mencatatkan kemenangan.
Insiden tersebut nyata mendapat tentangan kem Liverpool apabila Jordan Henderson dan James Milner turut tampil untuk mengulas tentang perkara itu. Menerusi laman Twitter peribadinya, Milner mengakui perlu ada perbincangan yang serius berhubung penggunaan tenologi tersebut.
‘”Dahulu saya suka pergi ke perlawanan bola sepak dan pada ketika itu untuk meraikan jaringan.”
”Sekarang ini, anda kadangkala perlu menunggu dua atau tiga minit untuk melihat sama ada ofsaid atau tidak,” ujar Robertson menurut laporan dikeluarkan Goal.
”Apa yang diperkatakan oleh Millie [James Milner] bukan hanya dirasakan oleh pemain tetapi ia juga turut mewakili para peminat bola sepak.”
”Ramai orang mengatakan bahawa sudah tidak begitu menikmati bola sepak seperti yang dinikmati mereka sebelum ini.”
”Tetapi saya juga menyaksikan perlawanan [hari Ahad] dan saya melihat dua keadaan yang hampir sama terhadap Marcus Rashford dan Adama Traore yang mana tidak dihukum dan kelihatannya sama seperti apa yang saya lakukan kepada Danny Welbeck dan kedua-duanya tidak diberikan sepakan penalti tetapi tidak bagi saya.”
Kredit featured image: Mike Hewitt/Getty Images
Baca artikel lain dari kami mengenai Andy Robertson:
Andy Robertson Mengadu Alami Kecederaan Hamstring Ketika Bantu Scotland
Andy Robertson Tandatangani Kontrak Lanjutan Bersama Liverpool Sehingga 2024
Andy Robertson: Dahulunya Buangan Di Celtic, Kini Menjadi Pemain Kegemaran Liverpool