Ketiadaan Iniesta Sebabkan Rakan Sepasukan Di Vissel Kobe Digantung

Rakan sepasukan Andres Iniesta di Vissel Kobe telah digantung oleh kelab Liga J itu selepas membocorkan maklumat kepada seorang rakan mengenai senarai kesebelasan utama pasukan menjelang perlawanan.

Shunki Takahashi digantung selama sebulan oleh Kobe selepas beliau menghantar mesej kepada seorang rakan mengenai Iniesta yang tidak diturunkan beraksi menentang Urawa Reds dalam perlawanan pada 23 September lalu akibat kecederaan.

Rakan kepada Takahashi itu kemudian memuat naik informasi tersebut ke dalam Twitter. Walaupun muat naik tersebut kemudiannya telah dipadam, ia sudah terlalu lambat kerana perkhabaran tersebut telah tular untuk diketahui oleh penyokong dan pihak media.

Siasatan dalaman oleh Kobe kemudiannya mendapati peraturan membabitkan kerahsiaan kelab telah dilanggar oleh pemain.

“Kami memohon maaf kepada penyokong dan setiap pihak terbabit kerana tertimbulnya perkara ini yang menjana kerisauan,” ujar kelab tersebut melalui satu kenyataan.

Takahashi yang merupakan seorang pemain pertahanan, telah beraksi dalam 10 perlawanan untuk Kobe, dan turut mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada Liga J, Vissel Kobe dan penyokong.

YOKOHAMA, JAPAN – APRIL 15: (EDITORIAL USE ONLY) Shunki Takahashi of Vissel Kobe in action during the J.League J1 match between Yokohama F.Marinos and Vissel Kobe at Nissan Stadium on April 15, 2018 in Yokohama, Kanagawa, Japan. (Photo by Masashi Hara/Getty Images)

“Tidak ada alasan. Di masa hadapan, saya tidak akan mengulangi kesilapan yang sama,” ujar beliau.

Insiden tersebut hanya menambah situasi buruk yang sudah dihadapi oleh Kobe, yang sekadar mengutip satu mata dari enam perlawanan terakhir liga setakat ini.

Menduduki tangga ke-11 liga, Kobe kini hanya mempunyai kelebihan enam mata dari zon penyingkiran.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN