Andres Iniesta: Barcelona Masih Lebih Baik Dari Real Madrid Walaupun Mereka Berjaya Mendapatkan Neymar

Neymar

Ketua pasukan Barcelona, Andres Iniesta menyifatkan pasukannya masih merupakan sebuah pasukan yang baik walaupun angin semakin bertiup kencang bahawa bintang dunia, Neymar akan ke seteru utama, Real Madrid.

Neymar menjadi pemain termahal dunia pada Ogos lalu apabila Paris Saint-Germain mengaktifkan klausa perpindahan yang bernilai €222 juta bagi mendapatkan pemain antarabangsa Brazil itu, namun beliau dilaporkan tidak gembira dengan kehidupan di Paris.

Selepas itu desas-desus sering kedengaran bahawa Real Madrid cukup berminat bagi membawa pemain berusia 26 tahun ini ke Santiago Bernabeu sejak beliau meninggalkan Barcelona.

Mengulas mengenai khabar angin penghijrahan bekas rakan sepasukannya itu di sebuah radio Sepanyol, El Larguero, Iniesta berkata:

”Sejujurnya, masa depan Neymar bukanlah perkara yang berada dalam pemikiran saya.”

”Kebiasaannya, apabila anda sudah meninggalkan sesuatu tempat, sukar untuk anda kembali.”

”Kerana itu ianya akan lebih mengejutkan kami jika dia kembali berbanding menyertai pasukan lain, tetapi kami akan melihatnya.”

”Sekiranya mereka menandatangani beliau, Real Madrid telah mendapatkan salah seorang daripada pemain terbaik di dunia.”

”Namun begitu kami masih mempunyai skuad yang saya boleh anggap lebih baik.”

Walaupun kehilangan Neymar pada musim panas yang lalu, ianya langsung tidak memberikan kesan yang mendalam buat Barcelona apabila skuad bimbingan Ernesto Valverde itu kini sedang menghuni tangga teratas La Liga dengan kelebihan 9 mata.

The Blaugrana turut masih belum mencatatkan sebarang kekalahan dalam saingan La Liga selepas mengharungi 29 perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN