Andreas Pereira Lanjut Kontrak Setahun Di Manchester United, Dapat Pujian Jose Mourinho

Andreas Pereira

Prospek Manchester United, Andreas Pereira telah menandatangani kontrak lanjutan di Old Trafford setelah dipinjamkan ke pasukan La Liga, Valencia.

Jose Mourinho menyifatkan pemain tengah itu sebagai “mempunyai masa depan yang hebat” di Manchester United selepas pemain dari Brazil tersebut menandatangani kontrak selama setahun.

Pereira telah menandatangani perjanjian baru sehingga akhir musim 2018-19 walaupun kini telah  dipinjamkan ke Valencia pada hari Jumaat yang lalu.

Pemain berusia 21 tahun itu akan mengharungi musim kedua berturut-turut di La Liga selepas beraksi bersama Granada pada musim lepas yang menyaksikan pasukan tersebut telah tersingkir ke Liga Segunda musim ini.

Walau bagaimanapun, Mourinho mengharapkan pemain muda Brazil itu dapat kembali beraksi di Old Trafford.

“Andreas sudah merupakan pemain bola sepak yang sangat baik, dia pemain muda yang mempunyai keupayaan semula jadi yang baik dan sikap yang baik bagi meneruskan perkembangan kariernya,” kata Mourinho.

“Saya tidak ragu-ragu bahawa dia mempunyai potensi untuk menjadi pemain yang hebat buat kelab ini.”

Pereira telah membuat kemunculan sulung dalam saingan Liga Perdana Inggeris ketika menentang Tottenham pada Mac 2015 dan seterusnya  membuat 13 penampilan senior. Beliau berjaya menghasilkan satu jaringan.

“Pengurus (Mourinho) sedang membina pasukan hebat di sini dan saya mahu menjadi sebahagian daripada pasukan itu secepat mungkin,” kata Pereira.

“Saya akan meneruskan perkembangan saya di Valencia musim ini dengan harapan saya akan mendapat banyak minit perlawanan di padang.”

”Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengurus atas pertolongan dan bimbingannya dan untuk kepercayaan yang diberikan kepada saya. ”

Sumber :

Goal.com (2017) http://www.goal.com/en/news/manchester-united-midfielder-andreas-pereira-signs-contract/10kgp6kdgh1rkzrgkhmwrbxqk

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN