Ketua pasukan Sweden, Andreas Granqvist berjanji pasukannya tidak akan mengubah gaya permainan bagi menghadapi England di perlawanan suku akhir pada Ahad nanti.
Sweden bukanlah sebuah pasukan yang mengawal permainan dengan baik apabila mereka hanya mencatatkan peratusan di bawah 40% penguasaan bola pada perlawanan bertemu Jerman, Mexico dan Switzerland.
Namun begitu, skuad bimbingan Janne Anderson ini hanya dibolosi dua jaringan daripada empat perlawanan yang telah dihadapi ketika ini.
”Kebiasaannya pasukan lain mempunyai pemain yang lebih baik di atas kertas. Kami membiarkan mereka memegang bola di mana yang kami mahu mereka mengawalnya.”
”Jika anda melihat pada perlawanan kami beraksi, sudah pasti pasukan lawan mempunyai penguasaan bola yang lebih, tetapi kami yang mencipta lebih banyak peluang.”
”Itu adalah cara kami beraksi, ini adalah apa yang kami perlu lakukan.”
”Ini adalah kekuatan kami dan kami perlu membuktikan kualiti ini ketika bertemu sebuah lagi pasukan yang kuat (England).
”Ini merupakan cara buat kami untuk mendapatkan kejayaan dan kami akan meneruskan cara ini.”
Kejayaan melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2018 ini adalah pencapaian baik buat Sweden kerana ia adalah kali pertama mereka layak selepas 24 tahun.