Andrea Pirlo Tidak Tolak Kemungkinan Untuk Bantu Conte Di Chelsea

Bekas perancang kreatif Juventus yang kini beraksi bersama New York City, Andrea Pirlo tidak menolak sebarang kemungkinan untuk menyertai Chelsea sebagai jurulatih selepas karier sebagai pemain bola sepak tamat nanti.

Pirlo yang memenangi Piala Dunia 2006 bersama Itali telah mengumumkan persaraannya selepas Major League Soccer tamat pada penghujung tahun ini.

Beliau yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Antonio Conte ketika di Juventus dan skuad kebangsaan Itali, tidak menolak kemungkinan untuk kembali digandingkan semula dengan pengendali Chelsea itu.

”Masa depan saya, saya masih belum mengetahuinya lagi. Saya akan kembali semula ke Itali pada bulan Disember nanti,” katanya kepada Gazetta dello Sport.

”Menjadi pembantu kepada Conte? Ramai yang mengatakan mengenainya. Saya juga memikirkan idea tersebut tetapi perlu memerlukan masa untuk memilih.”

Ketika beraksi di bawah bimbingan Conte di Juventus, Pirlo berjaya memenangi tiga kejuaraan Serie A berturut-turut dan menjadikan Pirlo sebagai pemain berperanan seperti ‘quarter-back’ yang membolehkan pemain tengah yang agak berumur ketika itu menggunakan kelebihan kualiti hantaran yang dimiliki tanpa perlu mengerah lebih tenaga di atas padang.

Andrea Pirlo
LONDON, ENGLAND – DECEMBER 11: Andrea Pirlo of the New York City is seen in the stand prior to the Premier League match between Chelsea and West Bromwich Albion at Stamford Bridge on December 11, 2016 in London, England. (Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

Pirlo juga sering kelihatan berada pada perlawanan yang melibatkan Chelsea dan juga beliau ada bersembang dengan staff dan pemain di padang latihan kelab sejak Conte membimbing Chelsea musim lalu.

Bekas penolong kepada Carlo Ancelotti dan Luiz Felipe Scolari ketika di Chelsea, Ray Wilkins turut mengatakan sokongannya kepada Pirlo untuk berada di Stamford Bridge dan meramalkan pemain tengah legenda tersebut akan menjadi jurulatih yang berjaya dibawah kendalian Conte.

”Saya mengatakan perkara ini dari mula sejak Steve Holland meninggalkan pasukan, saya fikir Andrea Pirlo merupakan individu yang paling sesuai,” kata Wilkins kepada Sky Sports.

”Dia boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, mengenali Conte dengan cukup rapat dan merupakan calon sesuai untuk menyertai staff kejurulatihan Chelsea.”

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN