Andrea Conti Sertai Revolusi AC Milan, Pemain Ke-7 Sertai Rossoneri

Andrea Conti mendedahkan bahawa beliau sukar untuk melelapkan mata memikirkan hal perpindahannya dari Atalanta ke AC Milan.

Pemain pertahanan kanan ini dilaporkan telah tiba di bandar Milan untuk menyertai kelab Rossoneri itu setelah kedua-dua buah kelab berbincang selama sebulan yang lalu.

Photo by Claudio Villa/Getty Images)

“Saya sangat teruja. Ini adalah perpindahan pertama saya,” ujar Conti kepada wartawan ketika memasuki Pusat Sukan dan Latihan Milanello.

“Saya tidak mempunyai kata-kata untuk menggambarkan saat ini. Saya sangat gembira.”

“Ada ketikanya, keadaan menjadi sangat sukar dan ia menjadikan tidur tidak lena, namun sekarang saya gembira.”

Pemain pertahanan kanan ini beraksi bersama Itali dalam Kejohanan Eropah B-21 UEFA yang lalu dan menjelaskan dirinya hanya mahu beraksi untuk AC Milan pada musim hadapan.

Walaupun Conti berkeras menyatakan keinginannya, Atalanta dan AC Milan kelihatan seperti gagal untuk mencapai kata sepakat.

(Photo by Claudio Villa/Getty Images)

Kehadirian Conti di Milanello mengesahkan persetujuan telah tercapai, dengan laporan menyebut ia membabitkan yuran perpindahan berjumlah €24 juta.

Perpindahan Conti ke AC Milan juga membabitkan seorang prospek dari Milan, Matteo Pessina menghala ke Atalanta.

Andrea Conti dijadual untuk menyelesaikan pemeriksaan kesihatannya pada petang ini sebelum meneruskan untuk majlis menandatangani kontrak bersama kelab Rossoneri itu.

Sebelum Conti, AC Milan telah mengesahkan membawa masuk 6 pemain baharu ke dalam pasukan yang bercita-cita besar pada musim hadapan tersebut.

(Photo by Tullio M. Puglia/Getty Images)

AC Milan telah membelanjakan sejumlah £88.4 juta termasuk membawa rakan sepasukan Conti di Atalanta, Franck Yannick Kessie.

Pemain-pemain lain yang telah diumumkan oleh kelab Rossoneri itu untuk membarisi skuad AC Milan pada musim hadapan ialah Andre Silva dari Portugal, Hakan Calhanoglu, Mateo Mussachio, Ricardo Rodriguez dan bekas penyerang Liverpool, Fabio Borini.

Sumber:

1. Alex Fisher, Goal.com (2017): Andrea Conti arrives for AC Milan medical ahead of transfer from Atalanta;
http://www.goal.com/en-au/news/4019/transfer-zone/2017/07/07/36884542/andrea-conti-arrives-for-ac-milan-medical-ahead-of-transfer-from-

2. ESPN FC (2017): Transfer Talk: Epic AC Milan summer spree continues with Andrea Conti’s arrival;
http://www.espnfc.com/club/ac-milan/103/blog/post/3153747/transfer-talk-epic-ac-milan-summer-spree-continues-with-andrea-contis-arrival

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN