Andre Villas-Boas Tukar Profesion, Sertai Dakar Rally

Bekas pengurus Chelsea dan juga Tottenham Hotspur, Andre Villas-Boas beralih kerjaya daripada seorang pengurus bola sepak dan kini memilih bidang pemotoran.

Pengumuman itu dilakukan oleh Villas-Boas selepas beliau melepaskan jawatan sebagai jurulatih Shanghai SIPG di Liga Super China baru-baru ini.

(Photo by VCG/VCG via Getty Images)

Pengumuman oleh Villas-Boas ini bermakna jurulatih berusia 40 tahun ini tidak akan kembali ke Shanghai SIPG pada musim hadapan, dan mengejutkan ramai dengan berubah angin menceburkan diri ke arena permotoran.

Villas-Boas telah berjaya mengemudi Shanghai SIPG untuk muncul naib juara Liga Super China pada musim lalu, selepas dilantik menggantikan Sven-Goran Eriksson pada November tahun lalu.

Sukan permotoran bukan perkara yang asing di dalam keluarga pengendali berbangsa Portugis ini. Ayah saudara kepada Villas-Boas penah menyertai Dakar Rally dalam kejohanan permotoran tersebut pada 1982.

(Photo by Yifan Ding/Getty Images)

Laporan turut menyebut bahawa Andre Villas-Boas akan memandu sebuah Toyota Hilux untuk kategori kereta dalam pertandingan yang dijadualkan akan bermula di Perun pada 6 Januari 2018.

Andre Villas-Boas dipetik sebagai berkata:

“Saya ada berbincang dengan sahabat saya Alex Doringer yang merupakan pengurus kepada pasukan KTM. Beliau menyatakan bahawa saya perlu melakukan persiapan selama setahun untuk bersedia sepenuhnya.”

“Oleh itu Doringer mencadangkan agar saya bermula menggunakan kereta pacuan 4 roda terlebih dahulu. Selepas itu saya menghubungi Team Overide, dan saya berada di sini sekarang.”

(Photo credit should read JOHANNES EISELE/AFP/Getty Images)

Andre Villas-Boas berkata, pada mulanya beliau mahu berlumba di dalam kategori motorsikal. Namun demikian disebabkan kekurangan persiapan dan ketiadaan pengalaman, beliau akur akan nasihat yang diberikan sahabatnya Doringer.

Villas-Boas sering dilihat menghadiri perlumbaan Formula 1 sepanjang musim lalu. Beliau juga gemar menunggang motosikal sebagai salah satu kaedah melepaskan tekanan ketika masih bergelar pengurus di Chelsea.

Selain daripada Tottenham Hotspur dan Chelsea, pengurus muda ini turut pernah mengendalikan Porto. Beliau turut membantu gergasi Portugal itu menjuarai UEFA Europa League dan Primeira Liga pada musim 2010-2011.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN