Andre Silva Sah Sertai Sevilla Secara Pinjaman Selama Semusim

Silva

Andre Silva yang tidak begitu menyerlah pada musim pertamanya di AC Milan telah sah menyertai Sevilla secara pinjaman.

Sumber dari Goal turut melaporkan bahawa Silva dipinjamkan selama semusim dengan pilihan untuk pembelian kekal.

Pemain berusia 22 tahun itu menyertai AC Milan awal musim lalu dengan perpindahan bernilai £34 juta.

Bagaimanapun sumbangan yang dicurahkan Silva kurang menjelmakan hasil yang diharapkan apabila beliau sekadar menyumbang dua gol dalam saingan Serie A 2017/18.

Kehadiran Silva di Ramon Sanchez Pizjuan memberikan kelegaan buat skuad bimbingan Pablo Manchin yang terlepas peluang merekrut penyerang yang diintai seperti Bas Dost, Vincent Aboubakar, Nikola Kalinic dan Michy Batshuayi.

Andre Silva bakal bersaing bersama-sama Wissam Ben Yedder dan Luis Muriel dalam usaha mencari tempat sebagai penyerang utama yang menjadi pilihan Manchin.

Selain dari Silva, Sevilla ketika ini telah membawa masuk enam orang pemain bagi memperkuatkan jentera pasukan bagi menghadapi musim 2018/19.

Pemain-pemain yang dibawa masuk ialah Aleix Vidal, Ibrahim Amadou, Roque Mesa, Sergi Gonez, Joris Ggagnon dan Tomas Vaclik.

Sementara itu, mereka kehilangan khidmat Clement Lenglet dan Joaquin Correa yang berhijrah ke Barcelona dan Lazio.

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN