Tidak Diperlukan Di Borussia Dortmund, Andre Schurrle Mungkin Ke Crystal Palace

Masa depan Andre Schurrle bersama Borussia Dortmund nampaknya sudah pun mula menemui jalan penamatnya.

Kelab Bundesliga itu dikatakan tidak lagi mahu menggunakan khidmat beliau dan pemain itu akan dilepaskan tidak lama lagi.

Schurrle ketika ini bersama Borussia Dortmund di Amerika Syarikat untuk menjalani siri jelajah pra-musim mereka di sana.

Menurut sumber di Jerman, Schurrle dikatakan sedang menimbangkan kemungkinan untuk kembali ke Premier League dengan Crystal Palace menjadi destinasi pilihan beliau.

Sebelum ini, beliau beraksi di England bersama-sama Chelsea.

“Apa yang pasti adalah Andre Schurrle pastinya akan meninggalkan Borussia Dortmund.”

“Walaupun begitu, masa depan beliau masih lagi belum jelas sama ada akan kekal di Bundesliga atau tidak. Berkemungkinan besar adalah Crystal Palace.”

Borussia Dortmund turut dikatakan berminat untuk mendapatkan Wilfried Zaha. Maka dengan itu, kemungkinan untuk berlaku petukaran pemain antara Zaha dan Schurrle mungkin ada.

Walaupun begitu, Crystal Palace mahukan hasil dari penjualan Zaha. Andai Zaha pergi ke Borussia Dortmund, Crystal Palace mahukan £60 juta atau lebih untuk pemain itu.

Andai pemain itu tidak pergi ke Bundesliga sekalipun, Schurrle tetap akan berpindah ke dan menyertai pasukan lain.

(Photo by Catherine Ivill – AMA/Getty Images)

Perpindahan Schurrle ke Borussia Dortmund tidaklah begitu baik untuk dirinya apabila beliau hanya berjaya menjaringkan 3 gol daripada 33 perlawanan sahaja.

Beliau akan dijual selepas dimaklumkan tiada dalam perancangan pengurus – Lucien Favre.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN