Andorra berjaya akhiri rekod 86 perlawanan yang mereka lalui tanpa sebarang kemenangan. Mereka berjaya menewaskan San Marino dalam perlawanan persahabatan pada Rabu lalu.
Ia adalah kemenangan pertama skuad ini sejak Oktober 2004. Ianya hampir 13 tahun yang lalu. Kemenangan terakhir mereka adalah ke atas Macedonia dengan kedudukan 1-0.
Kemenangan pada Rabu lalu adalah yang ke-4 dalam sejarah bola sepak mereka dan yang pertama di tempat lawan sejak 21 tahun penglibatan dalam bola sepak profesional.
Dalam perlawanan menentang San Marino, Andorra mendahului menerusi sepakan penalti Ildefons pada minit ke-28.
Ini adalah jaringan ke-11 pemain 34 tahun ini. Menjadikan beliau sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Andorra.
Christian Martinez kemudian menggandakan kelebihan mereka pada separuh masa kedua. Ia adalah jaringan ke-2 beliau di peringkat antarabangsa.
Kemenangan ni diraikan oleh seluruh negara Andorra yang berpendudukan 85,000 orang sahaja. Kali terakhir mereka meraikannya adalah 4,515 hari yang lalu.
Negara yang mereka tewaskan pada Rabu lalu memegang rekod yang lebih teruk. San Marino kini menjadi calon untuk mengejar rekod 86 perlawanan tanpa kemenangan mereka.
San Marino kini memegang rekod tanpa kemenangan dengan 75 perlawanan. Lebih teruk lagi 74 daripada 75 perlawanan terakhir adalah kalah.
San Marino since 2004:
LLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLDLLLLLLLLLLLLL
Games: 75
Defeats: 74
Conceded: 332 pic.twitter.com/oxRURkNEBz— Squawka (@Squawka) February 22, 2017
Cuba anda periksa balik sebenarnya dalam tweet di atas ada huruf ‘D’.
Kemenangan terakhir San Marino adalah ketika menewaskan Liechtenstein pada perlawanan persahabatan April 2004. Ketika itu mereka mengakhiri rekod 14 tahun tanpa kemenangan.
Tumpuan Andorra seterusnya adalah perlawanan kelayakan Piala Dunia Russia. Jurulatih mereka tidak mahu kemenangan ini menjadikan mereka terlalu terbuai-buai.
Harapan untuk menang dalam pusingan kelayakan adalah menentang Faroe Island.
Baca juga: Penyerang Dalam Permainan Football Manager: Apa Perbezaannya?