EKSKLUSIF: Andik Vermansyah Menangis Kerana Berpisah Dengan ‘The Red Giants’

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea
01:23
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Kali terakhir Andik Vermansyah menjaringkan gol adalah pada perlawanan terakhir Liga Super musim lalu menentang Pulau Pinang di Stadium Batu Kawan pada Oktober 2017.

Ketika itu dia membantu Selangor menundukkan pasukan bergelut, Pulau Pinang dengan keputusan 3-1. Dan itu merupakan perlawanan terakhirnya bersama The Red Giants.

Menyertai Kedah pada Februari lalu, Andik akhirnya baru menemui sentuhan jaringannya apabila meledak satu gol ketika mereka menewaskan Kuala Lumpur 3-2, pada Rabu.

Melalui laman Instagramnya, Andik meluahkan rasa syukur selepas agak lama ‘berpuasa’ jaringan gol. Kebetulan, ini merupakan perlawanan pertama liga selepas bulan puasa.

“Sudah lama (tidak jaringkan gol). Saya juga menangis kerana tahu tahun hadapan tidak akan bermain untuk Selangor lagi,” jelas Andik ketika dihubungi Semuanya BOLA, malam tadi.

Andik dikeluarkan pada minit ke-88 dan dilihat tidak dapat menahan rasa sebak lalu terus menuju ke barisan penyokong Selangor yang hadir ke stadium ketika itu.

Itu kisah musim lalu. Andik kini telah bersama Kedah. Walaupun adakalanya tidak dapat diturunkan akibat kecederaan namun baginya dia sentiasa memberikan yang terbaik.

“Pastinya saya sangat gembira kerana akhirnya saya berjaya jaringkan gol buat Kedah setelah sekian lama mencuba,” ujarnya yang menyatakan kian serasi bersama Kedah.

“Dan saya sangat berterima kasih kepada rakan sepasukan dan jurulatih mahupun penyokong yang senantiasa memberi dokongan kepada saya,” ujar Andik lagi.

andik vermansyah
Foto: FB KFA

Gol tersebut hadir pada minit ke-14 dalam perlawanan ke-16 unifi Liga Super 2018. Barangkali menjadikan ianya lebih indah, ia terhasil di hadapan para penyokong di halaman sendiri.

Ketika ditanyakan mengenai perbezaan permainan ketika bersama Kedah dan Selangor, Andik menjelaskan kepada Semuanya BOLA bahawa terdapat perbezaan ketara.

“Ia berbeza. Di Kedah saya banyak bermain dengan bola di kaki. Hampir kepada tiki taka dan lebih mudah bekerja. Dan saya akui, pemain Kedah banyak yang bagus-bagus,” jelasnya.

Dia juga bersyukur kerana kehadirannya di Kedah mendapat sambutan positif dikalangan penyokong hingga terasa seperti sudah lama bersama skuad Jelapang Padi itu.

“Perbezaan dari segi makanan dan perbelanjaan. Di sini saya boleh berjimat. Namun, susah untuk mendapat makanan Indonesia,” selorohnya yang sudah 5 tahun berada di Malaysia.

“Tapi di sini nyaman (tenang), boleh buat berehat,” ujar pemain sayap berusia 26 tahun itu lagi ketika ditanyakan mengenai perbezaan kehidupannya di kedua-dua negeri.

andik vermansyah
Foto: FB KFA

Semuanya BOLA turut bertanyakannya mengenai kemampuan Kedah untuk meraih posisi kedua liga sebelum liga berakhir dan juga mengenai sentuhan jaringannya.

“InsyaAllah, boleh (raih kedudukan kedua liga). Janji kita bermain satu pasukan. Saya yakin pemain Kedah semuanya terbaik.

“Pastinya saya selalu berusaha untuk jaringkan gol dalam setiap perlawanan. Akan tetapi saya lebih kosentrasi dan berusaha keras membantu pasukan untuk menang,” ujarnya.

Kedah akan turun menentang PKNS FC di Stadium Darul Aman pada Selasa depan dan Helang Merah perlu konsisten mengutip mata untuk terus mencabar Pahang dan Perak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN