Andik Vermansyah Berehat Panjang!

Dalam beberapa minggu lalu, Andik Vermansyah mengucapkan selamat tinggal untuk pasukan Merah Kuning. Namun begitu, pemain ini pastinya akan sentiasa diingati oleh penyokong Selangor.

Andik menyertai Selangor pada 2014. Beliau pernah menjulang Piala Malaysia bersama-sama dengan Gergasi Merah.

Dedikasi beliau di dalam padang sentiasa 100%. Itulah sebab kenapa pemain ini sentiasa menjadi siulan di Shah Alam. Beliau adalah watak yang digemari penyokong.

Beliau sempat merasa menjadi kapten pasukan Selangor pada musim 2016 ketika Shahrom Kalam berehat kerana kecederaan.

Andik Vermansyah menjadi maestro yang membantu Selangor mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2016. Namun mereka ditewaskan oleh Kedah dalam penentuan sepak penalti.

Andik kemudian menyertai kem Indonesia untuk kempen Piala AFF Suzuki 2016. Ia adalah penampilan pertama Indonesia dalam pentas antarabangsa setelah digantung hampir 2 tahun.

Andik Vermansyah mengalami kecederaan pada aksi final pertama menentang Thailand. Pada awalnya beliau dikatakan cedera ACL. Namun selepas didiagnosis, rupanya ia kecederaan PCL yang boleh dikatakan tidak seteruk ACL.

Dalam status beliau di instagram pada semalam, beliau menyatakan semua urusan pembedahan berjalan lancar. Beliau juga memberi isyarat akan kembali dalam masa 2 bulan lagi ke padang bola sepak.

Kami di Malaysia mendoakan agar Andik cepat sembuh dan kembali beraksi. Andik antara pemain yang disenangi oleh kawan dan lawan.

Dengar kata, beliau merancang untuk berkelanan ke Chinese Super League? Moga-mogaan hasrat itu tercapai.

Baca juga: Previu MSL 2017: T-Team Harus Berjiwa Besar Kerana Tanggungjawab Yang Lebih Besar

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN