P. Maniam: “Andik Bersedia Untuk Beraksi Semula Untuk Selangor”

Pengendali Selangor, P. Maniam memberi bayangan yang pemain sayap dari Indonesia iaitu Andik Vermansah sudah bersedia dan bakal diturunkan mewakili pasukan Selangor – lapor Sinar Harian.

Beliau yang menghadapi kecederaan serius ketika mewakili Indonesia sewaktu Piala AFF 2016 yang lalu terpaksa melepaskan saingan pusingan pertama Liga Super pada musim ini.

Tempat beliau digantikan dengan Juliano Mineiro buat masa ini.

Namun begitu selepas kembali menyertai latihan bersama skuad Selangor, Maniam merasakan yang Andik kini sudah berada pada tahap yang cukup baik dan bersedia untuk diturunkan.

Maniam dikatakan cukup kagum dengan peningkatan yang ditunjukkan oleh Andik ketika sesi latihan.

“Apa yang boleh saya katakan, Andik menunjukkan peningkatan ketara dalam sesi latihan.”

“Tahap kecergasannya sudah baik dan saya yakin dia akan kembali bermain untuk Selangor pada pusingan kedua ini.”

Belum pasti lagi

Maniam juga turut ditanya mengenai status pemain import beliau setelah berlaku beberapa masalah, Maniam tidak dapat memberikan gambaran jelas lagi siapakah yang bakal disingkirkan.

Hal ini beliau perlu berbincang dengan pihak pengurusan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Para peminat Selangor nyata berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh Juliano Mineiro dan berharap kontrak beliau disambung oleh FA Selangor.

Ketika ini, Mineiro diikat dengan kontrak selama 6 bulan sahaja sebagai pengganti Andik.

Dengan isu yang menimpa Forkey Doe dan prestasi yang tidak menentu oleh Victor Astafei, kemungkinan 2 pemain ini yang bakal disingkirkan oleh FA Selangor.

Kepada penyokong-penyokong Selangor Darul Ehsan!

Anda boleh mendapatkan jersi Selangor 2017 yang asli (player issue) secara online di laman e-dagang Semuanya BOLA. Malah kami juga ada jersi penjaga gol Selangor musim 2017! Klik link di bawah untuk mula membeli:

SBX – Selangor 2017
SBX – Selangor 2017
SBX – Selangor 2017

Dapatkannya cepat-cepat! Ini kerana stok cepat habis!

Mulakan gaya hidup aktif anda bersama SBX, laman e-dagang Semuanya BOLA.

Baca juga: 5 Sebab Kenapa Chelsea Terlalu Hampir Untuk Juara EPL 2016/17

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN