Andik Vermansah Disingkirkan Selangor FA, Dikeluarkan Dari Kuota Pemain Import

Andik Vermansah disingkirkan Selangor FA dari senarai kuota 4 pemain import untuk musim ini.

Beliau disingkirkan dan digantikan dengan seorang pemain dari Timor Leste untuk mengisi slot pemain import Asia.

Terkejut

Andik Vermansah disingkirkan Selangor FA berasa sangat terkejut dengan keputusan yang dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Sebaliknya, 2 nama baharu yang dimasukkan dalam skuad Selangor 2017 iaitu Victor Astafei (Romania) dan juga Juliano Mineiro Fernandes (Timor Leste) disamping 2 pemain import lain iaitu Forkey Doe dan juga Ugo Ukah.

Andik nyata kecewa kerana disingkirkan dari skuad Selangor. Hal ini kerana beliau sangat setia untuk bersama dengan pasukan Selangor.

Ini terbukti apabila beliau menolak beberapa tawaran lumayan dari kelab-kelab di Indonesia serta beberapa pasukan di Liga Malaysia sendiri.

“Jika benar Selangor sudah melengkapkan kuota import mereka musim ini, saya sangat kecewa kerana saya tidak mendapat sebarang maklum balas daripada FAS.”

“Saya telah mencurahkan bakti sepanjang hampir tiga tahun di sini kerana Selangor umpama negeri kelahiran saya sendiri.”

Tak profesional

Andik Vermansah disingkirkan Selangor FA nyata kecewa andai benar beliau disingkirkan dari skuad Selangor.

Beliau yang tidak diberitahu akan perkara ini, nyata kecewa dengan apa yang berlaku.

“Mereka tidak profesional dalam hal ini.” Kata beliau kepada akhbar Kosmo!

Namun begitu menurut Andik, perkara ini belum lagi disahkan menerusi hitam putih jadi masih ada peluang namanya di dalam skuad Selangor.

Tiba di lokasi

2 pemain yang kami sebutkan tadi dilaporkan sudah berada di padang latihan Selangor untuk menyertai latihan.

Fernandes dikatakan bekas pemain kelab Brazil iaitu Fluminense mempunyai pengalaman bermain untuk skuad remaja Brazil.

Beliau mendapat kerakyatan dari negara Timor Leste.

P. Maniam berkata kedua-dua pemain itu mungkin akan diturunkan dalam perlawanan menentang Melaka United pada Jumaat ini.

“Mereka baru sahaja menyertai pasukan dan peluang untuk diletakkan dalam kesebelasan utama bergantung pada sesi latihan yang dijalankan minggu ini.”

“Saya harap mereka tidak menunggu lama untuk menyesuaikan diri dan dapat bersedia sepenuhnya untuk diturunkan pada aksi bertemu Melaka nanti.”

Sebenarnya Andik tidak perlu risau, hal ini kerana pemain Timor Leste yang direkrut itu adalah untuk jangka masa pendek sahaja.

Fernandes akan bermain di Selangor untuk kontrak 5 bulan sementara menanti Andik pulih dari kecederaan beliau.

Beliau mengalami kecederaan ketika mewakili Indonesia dalam Piala AFF 2016.

Baca juga: Perlis Menandatangani Brandon Adams, Pemain Akedemi Queens Park Rangers

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN