Andik Vermansah Diburu Kelab Indonesia, Persijap Jepara Antara Yang Berminat

Andik Vermansah diburu kelab Indonesia menurut sumber dari negara seberang.

Antara yang serius untuk mendapatkan khidmat beliau adalah kelab di saingan divisyen kedua Liga Indonesia – Persijap Jepara.

Cedera tapi masih laku

Andik Vermansah diburu kelab Indonesia yang bermain di liga divisyen kedua Indonesia.

Andik yang masih lagi dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan ketika mewakili pasukan Indonesia dalam Piala AFF tempoh hari.

Dan beliau dikeluarkan sementara waktu dari skuad Liga Super Selangor sehingga pertengahan musim ini, dan dijangka akan menyertai semula skuad tersebut pada selepas kecederaannya pulih.

Walaupun cedera, beliau masih lagi mendapatkan perhatian daripada kelab-kelab di Indonesia. Dan Persijap Jepara adalah kelab yang secara terang-terangan mahu mendapatkan Andik.

Menurut CEO Persijap Jepara Esti Puji Lestari, kelabnya telah menghantar bidaan rasmi terhadap Andik kepada Selangor.

Bagi Esti, mereka mahukan Andik yang dianggap sebagai seorang pejuang kerana semangat juang beliau yang tak mahu kalah di dalam padang.

Gambar: Kamarul Akhir/Asiana

Menurutnya, Persijap memerlukan pemain senior yang mampu memberikan inspirasi kepada skuad Persijap yang rata-ratanya dibarisi oleh pemain-pemain muda.

Beliau juga sedar yang banyak kelab di Indonesia yang mahukan beliau. Namun beliau yakin kelabnya berjaya mendapatkan khidmat Andik.

Andik kini masih lagi dirawat di Malaysia dengan pemerhatian oleh doktor di sini.

Baca juga: Penyokong Pulau Pinang Tunjuk Perasaan, Desak Zairil Khir Johari Berundur

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN