‘Andik Mania’ Di Darul Aman, Usaha Meningkatkan Nilai Liga M Harus Diteruskan

Andik Vermansha. Tanyalah kepada penyokong tegar Selangor. Mereka tahu apa pemain kelahiran Jember, Indonesia ini mampu lakukan.

Larianya pantas, gerakkannya tangkas, kebijaksanaannya cerdas untuk mencari ruang serta mewujudkan keadaan kucar-kacir di benteng pertahanan lawan.

Jika daripada musim 2014 Andik merupakan senjata skuad dengan gelaran Red Giants, musim ini kelebihan Andik menjadi milik skuad Lang Merah.

Andik Vermansyah turun dalam kesebelasan utama Kedah. Foto: KFA.

Dan di dalam perlawanan pada malam tadi, Andik berhadapan dengan rakan sepasukan lamanya dari Selangor. Cemerlang di posisi sayap kanan, Andik berjaya menghasilkan satu bantuan gol untuk disudahkan oleh Syazwan Zainon seawal minit ke-5 perlawanan.

Selepas itu, malam tadi terus menjadi milik Andik dan Kedah yang kerap kali memberi masalah kepada pertahanan lawan sepanjang perlawanan.

Karier Awal

Pemain yang memulakan karier di Persebaya Surabaya ini jelas sering mengujakan penyokongnya. Beraksi dengan setiap peringkat umur di saingan antarabangsa untuk Indonesia, Andik turut pernah menyarung jersi Persebaya 1927.

Selepas itu, Andik turut dikatakan pernah menjalani latihan dengan beberapa kelab di luar negara, seperti D.C United di Amerika Syarikat, dan Ventforet Kofu di Liga J1, Jepun.

Media di Indonesia turut melaporkan Andik pernah mendapat perhatian kelab Eropah seperti Inter Milan dan da juga Benfica dari Portugal.

Aksi persahabatan bersama pasukan pilihan Indonesia menentang LA Galaxy turut membuatkan nama Andik semakin dikenali di antara dua nusantara. Apatah lagi selepas beliau dibentes keras oleh bekas kapten England, David Beckham kerana kelincahannya dalam perlawanan persahabatan pada 2011.

Namun akhirnya, beliau memilih untuk ke Selangor.

Kehadiran Andik di kancah saingan Liga Malaysia bukan sahaja memberi kesan di atas padang. Ke manapun beliau pergi, akan ada sekumpulan peminat bola sepak daripada Indonesia yang setia mengikuti perkembangan beliau di tanah seberang.

Andik Mania di Darul Aman

Di kalangan 8,200 penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan di antara Kedah dan Selangor pada malam tadi, terdapat sekumpulan anak muda yang berasal daripada Indonesia hadir untuk menyaksikan kelincahan Andik.

Menyedari kehadiran mereka, Kedah FA memberi peluang kepada kumpulan penyokong ini untuk bertemu sendiri dengan Andik di bilik persalinan pemain Stadium Darul Aman.

Kumpulan penyokong ini sebenarnya terdiri daripada pelajar-pelajar dari Indonesia yang menuntuk di beberapa universiti tempatan swasta di dalam negara.

Kuota ASEAN

Andik merupakan pemain asing yang diambil oleh pasukan Kedah untuk memenuhi kuota ASEAN.

Walaupun selama ini, pasukan yang bersaing di saingan Liga Malaysia bebas mengambil pemain dari kalangan negara ASEAN, kuota ASEAN diperkenalkan di saingan unifi Liga Super Malaysia mulai musim ini oleh Malaysia Football League (MFL)- dahulunya dikenali sebagai FMLLP.

Kredit: Khmer Times

Langkah ini bertujuan untuk memberikan lebih nilai komersil kepada pasukan Liga Malaysia di rantau ini.

Selain daripada kelibat Andik yang mendapat perhatian daripada penyokong dari Indonesia di Kedah, seorang lagi pemain asing yang mendapat perhatian yang sama ialah Chan Vathanaka yang beraksi bersama Pahang.

Chan Vathanaka adalah pemain yang berasal dari Kemboja. Kehadiran pemain ini secara tidak langsung membuatkan bola sepak negara mendapat liputan di negara berkenaan.

Rumusan

Berdasarkan ranking AFC, Liga Malaysia menduduki tangga ke-13 sebagai liga paling kompetitif di Asia, dan yang kedua di belakang Asia Tenggara di belakang Thailand.

Ia adalah peningkatan, jika kedudukan di tangga ke-16 diambilkira pada 2016.

Thailand kini berada di kedudukan ke-9 di dalam senarai liga paling kompetitif dan China berada di tempat pertama setelah Liga Super China mengalami revolusi secara besar-besaran sejak beberapa tahun yang lalu.

Hasil perubahan yang dilakukan oleh MFL sebelum ini mungkin belum kita lihat pada hari ini.

Tetapi siapa tahu. Satu hari nanti, liga kita semakin mendapat perhatian dunia, dan pemain-pemain tempatan kita mulai mencuri tumpuan gergasi bola sepak Asia yang lain.

Thailand sudah mulai mengeksport pemain ke negara Asia dan Eropah. Mengapa tidak Malaysia satu hari nanti?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN