Ander Herrera Ucap Selamat Tinggal Kepada Manchester United

Pemain tengah Manchester United, Ander Herrera mengesahkan beliau akan meninggalkan Old Trafford sebaik sahaja kontraknya berakhir pada musim ini bagi menyertai kelab gergasi dari Perancis, Paris Saint Germain (PSG).

Pemain dari Sepanyol itu turut memberi penghormatan kepada United dan menyampaikan mesej kepada para penyokong melalui rakaman video yang disiarkan di akaun twitter rasmi pasukan itu selepas 5 tahun berkhidmat.

“Ada warna merah dalam hati saya. Saya tahu sejak kali pertama saya bermain di sini dan pada detik saya mula menyarung jersi kelab.

“Manchester United merupakan sebuah kelab dengan ribuan peminat yang menghormati dan mengingati semua pemain yang memberikan segala-galanya. Saya berasa cukup istimewa apabila mendengar nama saya dalam nyanyian mereka. Saya berasa bangga apabila peminat memutuskan saya adalah sebahagian daripada sejarah yang luar biasa di kelab ini.

“Setiap kali saya mewakili kelab ini dalam setiap perlawanan, menang dan kalah, walaupun pada ketika saya tidak dapat membantu, saya amat memahami apakah makna kelab ini.

“Saya akan pergi dengan mengingati hampir 200 perlawanan yang pernah saya bermain dengan jersi kelab ditubuh saya kerana beraksi bersama sebuah pasukan terhebat di England menjadi satu penghormati kepada saya. Terima kasih selama lima tahun yang cukup hebat! Saya tidak akan dapat membalas dengan hanya ucapan terima kasih,” katanya dalam video tersebut.

Sepanjang mewakili United, beliau telah menjuarai Piala FA dan Piala EFL ketika dibawah bimbingan Van Gaal dan Jose Mourinho.  Antara kenangan paling manis yang tidak dapatkan dilupakannya ialah membantu United menjuarai UEFA Europa League pada musim 2016/2017.

Pada musim tersebut, beliau mempunyai statistik yang hebat bersama Manchester United dengan purata 74.57 cubaan melakukan hantaran dan 65.31 hantaran yang berjaya disempurnakan untuk setiap 90 minit perlawanan.

https://twitter.com/utdxtra/status/1127357164484538369

Herrera juga melakukan 3.14 kali pintasan bola untuk setiap satu perlawanan. Musim lalu kita melihat bagaimana Herrera banyak terlibat dengan gerakan menyerang pasukan Manchester United.

“Ini bukan keputusan yang mudah, tetapi kadang-kadang dalam kehidupan anda perlu membuat keputusan yang sukar. Saya tidak mahu bersedih dan saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang sentiasa menyokong saya sepanjang 5 tahun ini,” katanya seperti dipetik dalam The guardian

Kehilangannya pasti amat dirasai dalam kalangan penyokong United ketika pasukan itu masih bergelut untuk membentuk jentera tengah yang mantap musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN