Ancelotti: Napoli Terima Kekalahan, Tetapi Van Dijk Patut Kad Merah

Pengendali Napoli, Carlo Ancelotti menerima dengan hati terbuka kekalahan 0-1 pasukannya kepada Liverpool dalam aksi terakhir kumpulan C saingan Liga Juara-Juara Eropah di Anfield, awal pagi semalam.

Kekalahan itu menyaksikan misi Napoli untuk mara ke peringkat 16 pasukan terbaik musnah selepas menduduki tempat ketiga dalam kumpulan C.

Bagaimanapun, Ancelotti sama sekali tidak menyesali diatas kegagalan pasukannya itu, sebaliknya beliau percaya nasib tidak menyebelahi dipihak mereka meskipun para pemain sudah cuba untuk melakukan yang terbaik.

Gagal mengambil peluang

Napoli sebelum ini hanya perlu seri dengan Liverpool untuk membawa pasukan itu mara ke peringkat seterusnya. Akan tetapi, impian tersebut tidak kesampaian selepas tewas dengan jaringan tipis.

Bercakap kepada sidang media selepas perlawanan, Ancelotti sebagai berkata, Napoli perlu menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka kerana semua pihak sudah melakukan yang terbaik, namun masih gagal untuk mencapainya.

LIVERPOOL, ENGLAND – DECEMBER 11: A dejected Nikola Maksimovic of Napoli during the UEFA Champions League Group C match between Liverpool and SSC Napoli at Anfield on December 11, 2018 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)

“Kami perlu menerima keputusan itu, kami memohon maaf. Kami mempunyai peluang untuk layak tetapi kami tidak melakukan berbeza daripada jangkaan itu.”

“Kami hampir (layak) dan kami berasa amat menyakitkan.”

“Tetapi kami akan mengubati kekecewaan ini di Liga Europa walaupun ia tidak sepenting daripada Liga Juara-Juara.”

Pengadil patut beri kad merah

Ancelotti sempat mengulas mengenai insiden melibatkan kekasaran oleh pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk keatas penyerangnya, Dries Mertens pada minit ke-13.

Ancelotti menyifatkan bahawa van Dijk sepatutnya dilayangkan kad merah atas tindakannya yang agak keterlaluan.

LIVERPOOL, ENGLAND – DECEMBER 11: Referee Damir Skomina shows a yellow card to Virgil van Dijk of Liverpool as Fabian of Napoli appeals during the UEFA Champions League Group C match between Liverpool and SSC Napoli at Anfield on December 11, 2018 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Namun, amat mengecewakan bagi Ancelotti apabila pengadil perlawanan hanya memberikan hukuman kad kuning kepada pemain Belanda tersebut.

“Saya sudah melihatnya (insiden) di video, saya fikir itu layak dihukum kad merah,” ucap Ancelotti menerusi Goal.

“Terdapat beberapa soalan mengenai sistem VAR. Bila VAR akan digunakan dalam Liga Juara-Juara, ianya sudah terlambat,” kata bekas pengendali Chelsea berusia 59 tahun itu.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN