Bayern Munich merupakan antara kelab yang dikaitkan dengan perpindahan berprofil tinggi Alexis Sanchez. Carlo Ancelotti sendiri mengakui mengenai hal ini.
Namun semalam Carlo Ancelotti memberikan gambaran yang Bayern Munich menarik diri dari persaingan sekiranya Arsenal meletakkan harga yang terlalu tinggi.
Masa depan Sanchez antara yang paling menarik perhatian dalam jendela perpindahan kali ini selepas beliau masih belum menandatangani kontrak baru dengan Arsenal.
Bayern Munich dan Manchester City adalah 2 kelab yang dikatakan berpeluang besar untuk mendapatkan Sanchez sekiranya pemain itu tidak menyambung kontrak semasa beliau.
Bayern Munich sebelum ini mengesahkan yang mereka mahu menjual Douglas Costa.
Ancelotti berkata:
“Jika kami ada peluang untuk mendapatkan beliau, kami bersedia melakukannya.”
“Terlalu banyak khabar angin tentang cerita ini. Alexis Sanchez pemain yang hebat, tetapi bukan dia seorang sahaja pemain yang hebat di dunia ini. Saya sukakan Alexis Sanchez.”
“Dalam jendela perpindahan, apa-apa boleh berlaku. Haluan pasaran pemain kali ini boleh menuju ke mana-mana sahaja.
“Saya percaya yang pasaran perpindahan pemain ketika ini agak ‘gila’. Tetapi Bayern bukan kelab gila.”
“Saya tahu budaya kelab ini (Bayern). Kelab ini tidak akan melayan sebarang permintaan harga terlalu ‘gila’ untuk seorang pemain.”
Alexis Sanchez dijangka akan memuktamadkan masa depan beliau dengan Arsenal selepas tamat tugasan dengan Chile di Piala Konfederasi 2017.