Pengurus baharu Everton, Carlo Ancelotti menegaskan misi untuk membawa kelab itu ke saingan UEFA Champions League bukanlah satu perkara yang mustahil.
Menurut laporan BBC Sport, walaupun kini Everton terperosok di bahagian bawah Premier League namun ianya adalah satu misi besar yang mahu dicapai kelab Mersyeside itu pada masa hadapan.
“Untuk mara ke saingan UEFA Champions League, ianya adalah satu misi yang hendak dicapai dalam jangka masa panjang.”
Untuk rekod, kali terakhir Everton berjaya mara ke saingan tertinggi Eropah itu adalah pada tahun 2005, ketika itu juga England mempunyai lima pasukan yang mewakili Premier League.
Ancelotti menganggap Everton merupakan pasukan yang mempunyai cita-cita besar dan tahu apa yang hendak dilakukan dalam usaha mereka mencari kejayaan.
Buktinya adalah dengan pembinaan stadium baharu yang berkapasiti 52 ribu tempat duduk yang diumumkan baru-baru ini.
🏟 | We can reveal the final designs for our new 52,000-seater stadium at Bramley-Moore Dock on Liverpool's waterfront!
A detailed planning application will be submitted today. 🙌 #EFC pic.twitter.com/quVLzofRbr
— Everton (@Everton) December 23, 2019
“Ianya cukup baik untuk berada di sini apabila stadium baharu bakal dibuka.”
“Pendapatan sangat penting dalam bola sepak. Everton mahukan stadium baharu supaya mereka boleh maju dan lebih kompetitif.”