Ancelotti Dedahkan Bek Tengah Terbaik Dunia, Koulibaly Ada Klausa Perlepasan

Sebelum ini Presiden Napoli memberitahu media bahawa kelab mereka menerima banyak sekali tawaran dan ‘contact’ daripada pasukan lain terutamanya kelab elit untuk mendapatkan Kalidou Koulibaly.

Pemain pertahanan Napoli itu memiliki gaya permainan yang kental dan merupakan ‘ball playing center-back’ yang sesuai dengan falsafah bola sepak moden.

Antara kelab yang dilaporkan aktif memburu Koulibaly adalah Manchester United. Sebelum ini Napoli memberikan bayangan mereka hanya mempertimbangkan harga pembuka rundingan bermula €100 juta.

Laporan di Itali melaporkan Manchester United sedia memecahkan rekod perpindahan Virgil Van Dijk untuk mendapatkan Koulibaly.

Selain daripada Manchester United, pasukan Chelsea – yang diuruskan bekas bos Koulibaly di Napoli, Maurizio Sarri juga menunjukkan minat ke atas pemain tersebut.

Kini, pengurus Napoli – Carlo Ancelotti mengesahkan pemain itu ada klausa perlepasan. Ianya bernilai €150 juta.

NAPLES, ITALY – OCTOBER 22: Carlo Ancelotti during an SSC Napoli training session on October 22, 2018 in Naples, Italy. (Photo by Ciro Sarpa SSC NAPOLI/SSC NAPOLI via Getty Images)

Kenyataan itu nampak bercanggah dengan kenyataan mereka sebelum ini yang mendedahkan Koulibaly tiada kluasa perlepasan. Oleh itu Napoli ada kuasa sangat besar ke atas kontrak Koulibaly.

Sebenarnya, berdasarkan kenytaan Ancelotti; memang buat masa ini Koulibaly masih belum ada klausa perlepasan. Jadi Napoli boleh menolak tawaran bernilai €150 juta sekalipun untuk pemain itu.

Klausa perlepasan yang disebutkan oleh Ancelotti itu dimasukkan dalam rombakan kontrak baharu beliau pada September 2018. Hasil romabakan itu, kontrak semasa yang tamat pada 2021 turut dilanjutkan kepada 2023.

Pada 2021, barulah klausa perlepasan itu akan diaktifkan.

Ancelotti berkata: “Adakah beliau bek tengah terbaik dunia ketika ini? Ya!”

“Beliau masih ada ruang untuk meningkatkan lagi kemampuannya. Beliau bernilai €150 juta dan kami tidak mahu jual. Kontrak Koulibaly akan luput pada 2023. Pada 2021, secara automatik klausa perlepasan €150 juta akan diaktifkan.”

“Namun Napoli buat masa ini tidak mahu dan tidak perlu menjual beliau. Presiden turut mengesahkan Koulibaly bukan untuk dijual. Persoalan seperti itu tidak perlu dibangkitkan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN