Analisis Zon Penyingkiran Liga Super 2016: Pasukan Mana Yang Akan Tersingkir?

Dalam analisis kali ini kami ini memberikan gambaran terperinci untuk persaingan untuk kekal dalam Liga Super.

Secara teknikalnya 6 pasukan masih lagi terancam daripada penyingkiran iaitu Pahang, Terengganu, Pulau Pinang, Sarawak, PDRM dan Perak.

Namun begitu Kelantan secara matematiknya pula boleh dikira sudah selamat berdasarkan jumlah perbezaan jaringan +3. Pasukan di tangga ke-11, Terengganu memiliki perbezaan jaringan -19.

Jadi kami keluarkan Kelantan daripada senarai pasukan

Analisis peratusan untuk kekal ini adalah jangkaan potensi sesebuah pasukan untuk kekal dengan mengambil kira 2 perlawanan terakhir, prestasi semasa dan potensi perbezaan jaringan.

1. Pahang

Gambar oleh Hazmin Hussin/ www.asiana.my
Gambar oleh Hazmin Hussin/ www.asiana.my

2 perlawanan terakhir:

vs P.Pinang (halaman sendiri)
vs T-Team (halaman lawan)

Pahang yang berada di tangga tercorot Liga Super ketika ini tiba-tiba menghidupkan kembali harapan untuk kekal dalam Liga Super selepas menewaskan Selangor 1-0 pada Sabtu, 10 September 2016 yang lepas.

Pahang akan ada peluang untuk kekal dalam Liga Super sekiranya menang baki 2 perlawanan liga.

Dalam pada masa yang sama, Pahang juga perlu mengharapkan Terengganu, Pulau Pinang dan PDRM tidak mencatatkan sebarang kemenangan dalam aksi 180 minit terakhir.

Perlawanan menentang Pulau Pinang pada 24 September 2016 adalah perlawanan penting untuk mereka menangi kerana Pulau Pinang hanya berada di tangga ke-10 liga.

Potensi untuk kekal: 45%

2. Terengganu

Gambar oleh Imotai / www.asiana.my
Gambar oleh Imotai / www.asiana.my

2 perlawanan terakhir:

vs Kedah (halaman sendiri)
vs Pulau Pinang (halaman lawan)

Berbanding dengan Pahang, Terengganu lebih cerah peluangnya untuk kekal kerana mereka ada mata yang sama dengan Pulau Pinang. Mereka hanya dipisahkan oleh perbezaan jaringan.

Perlawanan menentang Kedah di tempat sendiri adalah perlawanan wajib menang untuk menghidupkan sisa peluang terakhir untuk kekal dalam liga.

Menentang Kedah yang sedang dalam prestasi terbaik, ia mungkin tugasan tersukar bagi pemain-pemain Terengganu pada musim ini.

Potensi untuk kekal: 55%

3. Pulau Pinang

Gambar oleh Zulfachri Zulkifli/ www.asiana.my
Gambar oleh Zulfachri Zulkifli/ www.asiana.my

2 perlawanan terakhir:

vs Pahang (halaman lawan)
vs Terengganu (halaman sendiri)

Nasib Pulau Pinang untuk kekal di Liga Super terletak di tangan mereka sendiri.

2 perlawanan terakhir mereka adalah menentang 2 pasukan yang turut sama bertarung dalam penyingkiran dan berada di 2 tangga tercorot.

Secara teknikalnya mereka cuma perlu mengelak daripada kalah satu daripada 2 perlawanan tersebut.

Jika seri kedua-dua perlawanan tersebut mereka masih boleh mara. Dengan syarat, Terengganu perlu tewas menentang Kedah pada 24 September 2016.

Potensi untuk kekal: 60%

4. Sarawak

swak_phg_1_of_14_-1
Gambar oleh: Zaini Ahmat / Asiana.my

2 perlawanan terakhir:

vs FELDA United (halaman lawan)
vs PDRM (halaman sendiri)

Untuk kekal dalam Liga Super, Sarawak hanya perlu menang ke atas FELDA dalam perlawanan liga ke-21. Tetapi ia bukan tugas mudah kerana FELDA agak kebal di halaman sendiri.

Berdasarkan jadual perlawanan, Sarawak pasti bersyukur kerana perlawanan terakhir menentang PDRM adalah di Kuching. PDRM hanya mengutip 4 mata (maksimum 18 mata) daripada 6 perlawanan liga terakhir di halaman lawan.

Potensi untuk kekal: 60%

5. PDRM

Gambar oleh Nazrulhad Hashim / www.asiana.my
Gambar oleh Nazrulhad Hashim / www.asiana.my

2 perlawanan terakhir:

vs Kelantan (halaman sendiri)
vs Sarawak (halaman lawan)

Seperti Sarawak, PDRM juga perlu menang baki 2 perlawanan terakhir mereka untuk layak walau apa juga keputusan yang dicatatkan oleh Pahang, Terengganu dan Pulau Pinang.

Namun berdasarkan rekod buruk mereka di halaman lawan, perlawanan terakhir mereka di Kuching berpotensi menjadi penentu nasib mereka di Liga Super.

Potensi untuk kekal: 60%

6. Perak

Gambar oleh Zulfachri Zulkifli/ www.asiana.my
Gambar oleh Zulfachri Zulkifli/ www.asiana.my

2 perlawanan terakhir:

vs Selangor (halaman lawan)
vs Kelantan (halaman lawan)

Perak adalah pasukan yang paling kurang berisiko untuk tersingkir.

Mereka hanya perlu mendapatkan 1 mata sahaja daripada 6 mata yang ditawarkan dalam baki 2 perlawanan terakhir untuk kekal.

Jika Terengganu gagal untuk menang atau seri menentang Kedah dalam perlawanan ke-21, Perak akan terselamat secara automatik. Tidak kiralah apa sahaja keputusan yang mereka catatkan dalam 2 perlawanan terakhir.

Namun harus diingat, mereka ada 2 perlawanan terakhir di tempat lawan. Perak hanya mengutip 9 mata sahaja (maksimum 27 mata) daripada 9 perlawanan liga di tempat lawan setakat ini.

Potensi untuk kekal: 80%

Kesimpulan

Baki 2 perlawanan liga ini sangat penting bagi Pahang, Terengganu, Pulau Pinang, Sarawak, PDRM dan Perak.

Setiap pasukan kecuali Perak pastinya terdesak untuk mendapatkan 6 mata penuh.

Pengurusan skuad dan strategi oleh jurulatih amat penting dalam memastikan mereka mendapat keputusan terbaik.

Pada pendapat anda, pasukan manakah yang akan kekal? Pasukan mana pula yang akan tersingkir?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN