Sepanyol menang tipis 1-0 ke atas Iran selepas pertarungan yang agak mendebarkan.
6-3-1 Iran
Ini adalah sistem pertahanan ultra defensif paling ketat. Sistem Iran ini dijana daripada asas 4-1-4-1.
Ini adalah penjelasan bagaimana mereka membentuk 6-3-1 daripada platform asas 4-1-4-1.
Sepanyol agak sukar untuk memecahkan blok pertahanan Iran yang sangat rigid dan kompak. Mereka sangat cepat untuk membentuk blok pertahanan dengan ramai pemain.
Ini adalah contoh di mana ada 9 pemain tambah penjaga gol di dalam kotak penalti.
Dan ini adalah contoh ketika mereka bertahan dengan 10 pemain dengan penjaga gol di dalam kotak penalti.
Serangan Sepanyol
Sepanyol ada kesabaran yang tinggi dalam perlawanan ini. Namun mereka sukar untuk bergerak dalam ruang yang sangat sempit di dalam kotak penalti. Mereka banyak bergerak di sayap kanan.
Mereka ada ‘target man’ namun Iran jelas pasukan yang sangat baik dalam pertarungan di udara. Ini adalah laporan peta hantaran Sepanyol yang jelas terputus dengan penyerang utama.
Iniesta, Silva dan Isco memainkan peranan penting kerana keupayaan mereka bergerak dalam ruang sempit (close control movement). Namun Isco tidak terlalu aktif memecahkan zon padat di tengah, beliau banyak berada di bahagian sayap.
Pemain seperti Lucas Vasquez jelas tidak gemar dengan permainan seperti ini. Mereka lebih bergantung kepada ruang untuk bergerak. Perlawanan ini memang menuntut pemain yang boleh menyelit ‘dalam lubang jarum’.
Gol Sepanyol boleh dikatakan daripada nasib, bola melantun pada Costa dan menerjah gawang. Mujurlah mereka mendapat gol yang mereka cari. Pada separuh masa pertama Sepanyol ada 385 hantaran berbanding dengan 87 sahaja oleh Iran.
Kerapuhan pertahanan Sepanyol
Selepas ketinggalan Iran mulai bermain lebih ofensif. Dan sekali lagi pertahanan Sepanyol rapuh seperti mana perlawanan menentang Portugal.
Iran mencipta beberapa peluang dengan mengatasi garisan pertahanan tinggi mereka yang terlalu cuba untuk memerangkap lawan mereka dengan perangkap ofsaid.
Lihat kedudukan posisi badan Pique, biasanya pertahanan berkelas dunia seperti beliau akan berada dalam posisi badan lebih baik untuk memerangkap ofsaid.
Dalam kedudukan badan beliau ini, beliau tidak dapat menjana gerakan segera untuk mengejar pemain itu jika perangkap ofsaid beliau gagal.
Ini adalah contoh anda berada dalam posisi badan terbaik untuk memerangkap ofsaid di mana badan anda boleh pergi ke depan ataupun ke belakang dengan segera. Terlalu kasual?
Iran hampir menghukum Sepanyol dengan hantaran silang. Beberapa peluang mereka cipta termasuk yang dibatalkan hasil penilaian VAR.
https://twitter.com/Z_darivandi/status/1009535512930082817
Ini adalah contoh bagaimana Sepanyol dengan mudah hilang bola kepada Iran dalam situasi yang biasanya mereka cepat menghantar bola dan membuli lawan mereka.
Rumusan
Iran ada pelan pertahanan yang baik, namun tiada kemampuan untuk menyerang balas pada separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua mereka meningkatkan intensiti dan lebih positif. Mereka hampir mendapat sesuatu. Ketumpulan di hadapan gol adalah isu terbesar skuad Iran. Dalam perlawanan pertama mereka menang kerana jaringan sendiri.
Iran harus menekankan isu ini dalam latihan sebelum perlawanan menentang Portugal.
Sepanyol berhadapan kesukaran memecahkan blok pertahanan lawan namun mereka berjaya melakukannya kerana mereka terus mencuba. Itu yang mencetuskan kemungkinan kepada gol yang dianggap nasib. Jika tiada usaha, gol nasib itu pun tak akan ada kemungkinan berlaku.
Sepanyol masih tidak cukup meyakinkan ketika bertahan terutama sekali untuk hantaran lintang.
Pemain terbaik pilihan SemuanyaBOLA
Andres Iniesta (Sepanyol)