Analisis Taktikal: Taktikal Negatif Singapura Gagal, Malaysia Perbaiki Aksi

Tahniah kami ucapkan kepada Harimau Malaya yang berjaya membenam cabaran Singapura 2-1 di hadapan puluhan ribu penyokong di dalam stadium dan jutaan lagi menonton di kaca tv.

Separuh masa pertama yang berterabur

Entah apa yang berlaku kepada pasukan negara kita. Seolah-olah kita sedang menyaksikan pasukan yang tidak ada persediaan.

Permainan yang lemah. Pemain celaru dan keliru dengan peranan mereka di dalam padang. Di bahagian tengah kita terlalu longgar.

Serangan itu ada tetapi tidak ada kreativiti. Singapura menutup Davies dan kita tidak ada variasi di dalam hantara akhir untuk mencipta peluang.

Kebanyakan peluang dan ancaman Malaysia pada separuh masa pertama adalah dari bola mati dan juga cubaan jarak jauh.

Pivot Malaysia rosak teruk pada separuh masa pertama. Aspek yang diperbaiki oleh Ong Kim Swee pada separuh masa kedua.

Seterusnya adalah, taktikal Ong Kim Swee terlalu mencari Davies dan Singapura sudah bersedia untuk menutup sumber hantaran lintang ini. Mereka akan segera mendesak Davies untuk tidak melakukan hantaran lintang.

Boleh dikatakan, tiada kreativti dan animasi dalam taktikal Malaysia di bahagian serangan. Terlalu rigid dan berpaksikan Davies dan Safawi Rasid.

.

Aspek ‘circulation’ dan ‘recovery juga sangat lemah membuatkan Singapura memanipulasi aspek tersebut.

Pertahanan masih ada masalah konsentrasi

Dalam perlawanan pertama menentang Brunei, pertahanan Malaysia ada masalah konsentrasi di dalam padang. Masalah yang sama berlaku di dalam perlawanan ini terutama pada separuh masa pertama.

Ketika gol pendahuluan oleh pemain Singapura, tiada seorang pemain yang memberikan tekanan sama ada secara fizikal ataupun cuba menghadang mahupun menutup ruang.

Isu kawalan ruang dalam sistem bek bertiga ataupun rantaian berlima. Dalam sistem bek bertiga, pemain perlu cepat untuk membentuk ‘compactness’.

Ianya adalah masalah ‘ball-watching’ yang teruk. Pada separuh masa kedua, pasukan Singapura terlalu sedikit ancaman, maka sukar untuk menilai sama ada masalah ini sudah diperbaiki.

Apa yang pasti ia adalah isu yang mustahak untuk diperbaiki oleh kem Malaysia.

Singapura negatif di separuh masa kedua

Jelas sekali arahan taktikal yang diterima pemain mereka adalah untuk berada di belakang bola dan turun ke bawah.

Masalah Singapura adalah mereka tidak ada kualiti untuk bertahan di garisan terlalu rendah. Pemain mereka cemerkap berhadapan pemain berteknikal seperti Safawi Rasid.

Ini adalah bagaimana Safawi Rasid menarik pertahanan ke bawah dan membuka ruang lebih besar di sekitar luar kotak penalti.

Lihat bagaimana Azam Azih diberikan masa dan ruang yang sangat banyak oleh pemain-pemain Singapura. Tiada tekanan ke atas Azam.

Cubaan deras Azam itu mencetuskan kemungkinan. Bak kata orang putih: “You don’t shoot, you don’t score.”

Memang ia cubaan deras, namun secara teknikalnya, penjaga gol Singapura ditewaskan di ‘near post’.

Ia keputusan yang silap untuk mereka turun terlalu ke bawah (drop too deep) terlalu awal. Ini yang menyebabkan banyak ruang dibuka kepada pemain Malaysia di luar kotak penalti ataupun di zon 14.

Gol Azam Azih antara lain adalah kerana mereka memberikan ruang kepada pemain itu melakukan cubaan dari luar kotak penalti.

Gol Thanabalan adalah kerana mereka berada dalam unit pemain yang ramai. Apabila terlalu ramai di dalam kotak penalti, mereka tidak ada komunikasi ataupun tidak komprehensif untuk bertahan sebagai unit.

Pertukaran teknikal memberikan perubahan

Ini adalah aspek utama yang menjadi ‘game changer’ kepada pasukan Malaysia. Ong Kim Swee tidak melakukan sebarang perubahan taktikal pada separuh masa kedua, sebaliknya beliau melakukan perubahan teknikal.

Beliau menggantikan pemain yang kurang efektif dengan pemain yang lebih baik. Kemasukan Azam Azih antara faktor penting dalam memberikan impak di tengah.

Kemasukan pemain seperti Azam Azih telah memperbaiki pivot Malaysia yang rosak pada separuh masa pertama.

Jaringan penyamaan beliau telah menjadi tonik berharga. Jaringan kemenangan pula dijaringkan oleh seorang lagi pemain simpanan iaitu Thanabalan.

Malaysia mengekalkan formasi dan taktikal yang sama. Cuma cara Singapura yang bermain terlau ke bawah seperti Brunei tempoh hari membolehkan Malaysia mara lebih tinggi.

Ini menambahkan keyakinan pemain-pemain Malaysia untuk lebih berada di kawasan serangan. Apabila ada pemain yang ramai, ia akan memudahkah lagi permainan kombinasi di antara pemain-pemain Malaysia.

Penilaian

Secara rumusannya, cara kedua-dua pasukan bermain pada separuh masa kedua adalah penentu kepada perlawanan ini.

Kualiti pasukan Singapura merudum pada separuh masa kedua kerana mereka cuba bermain negatif namun mereka gagal kerana kualiti pertahanan mereka yang kurang untuk bermain sistem garis defensif rendah.

Negatif maksud kami di sini adalah pendekatan yang lebih pasif untuk bertahan di garisan rendah.

Ong Kim Swee perlu mengkaji pemilihan pemain kesebelasan utama beliau. Pada perlawanan pertama, Ong Kim Swee merehatkan pemain utama kerana mahu memberikan rehat untuk perlawanan ini.

Ia ternyata idea kurang bijak kerana, Malaysia perlu bermain dengan pemain utama dalam perlawanan pertama dan kedua.

Dalam kejohanan seperti ini, tiada masa untuk bereksperimen ataupun menyimpan kesebelasan terbaik.

Walaubagaimanapun, sikap positif Malaysia untuk mara lebih tinggi menekan pasukan lawan dan keberanian untuk melakukan cubaan dari luar kotak penalti adalah punca kemenangan. Namun, kalau cubaan itu tidak berkualiti pun tidak guna juga.

Namun Malaysia masih perlu memperbaiki banyak isu taktikal dan teknikal. Pemain masih gelabah apabila ditekan pihak lawan.

Seterusnya, kreativiti harus dipertingkatkan lagi. Aspek ruang ketika bertahan juga perlu digariskan oleh Ong Kim Swee ketika post-mortem perlawanan ini.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Azam Azih (Malaysia)

Foto – FAM

Beliau memperbaiki blok rosak di tengah. Lebih berani untuk naik dan mempertahankan (holding) garisan tekanan (pressing line).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN