Real Madrid secara asasnya pasukan yang kedua terbaik dalam perlawanan ini dari segi kualiti. Tetapi fokus dalam analisis ini adalah cuba membaca apa yang cuba dilakukan Zidane untuk meneutralkan ancaman Bayern Munich.
Ancaman utama Bayern Munich
Perkara paling penting untuk digariskan adalah impak Ribery pada perlawanan pertama. Seterusnya adalah kelebihan Bayern Munich untuk bermain secara fizikal.
Bayern sentiasa memberikan Real Madrid masalah dengan bola lintang kerana adanya pemain seperti Lewandowski dan Muller yang sangat baik di udara.
Untuk ancaman pertama, Real Madrid mengarahkan Lucas Vasquez untuk bermain ‘tight man marking’ dengan Franck Ribery. Pada perlawanan pertama, Carvajal dalam masalah besar kerana ancaman Ribery.
Secara asasnya Real Madrid bertahan dengan 4-5-1 ataupun 4-4-2. Mereka sangat ‘structured’ ketika bertahan.
Dalam perlawanan ini, Vasquez mengekori Ribery ke mana sahaja.
Situasi ini di mana Kovacic mahu mengambil tugas untuk mengawal Ribery dan beliau arahkan Vazquez untuk turun membentuk bek berempat.
Seterusnya untuk ancaman di udara. Real Madrid cuba mengurangkan impak daripada Lewandowski. Varane sentiasa fokus untuk mengenakan kawalan ‘man marking’ kepada Lewandowski.
Kelemahan pertahanan kedua-dua pasukan
Real Madrid bolos gol pertama kerana kesilapan Ramos yang gagal mengeluarkan bola. Asasnya, Real Madrid sudah membentuk struktur pertahanan yang sangat baik untuk bersaing bola tinggi.
Namun kelemahan sistem inin adalah memberikan ruang yang banyak kepada Alaba dari belakang. Sistem yang rigid ini sebenarnya dimanipulasi oleh Bayern Munich. Ya, mereka kurangkan impak Ribery, kerana Ribery hanya mampu melakukan 1 hantaran lintang daripada permainan terbuka. Tetapi impak Alaba pula wujud.
Ini adalah lakaran hantaran lintang oleh Alaba dalam perlawanan ini.
Ini keadaan di mana Alaba mendapat ruang sangat besar.
Walaupun Real Madrid berjaya mengurangkan impak Ribery dan Lewandowski secara total, namun mereka tetap melakukan beberapa siri kesilapan dan rapuh bertahan.
Bayern Munich mendapat banyak peluang dalam perlawanan ini. Navas terpaksa melakukan 8 ‘saves’ untuk menyelamatkan gawang daripada bolos lebih banyak.
8 – Keylor Navas made eight saves against Bayern Munich, his highest tally in a Champions League knock-out game. Hero. pic.twitter.com/9wpwW0Qpb6
— OptaJose (@OptaJose) May 1, 2018
Bayern Munich pula, gol pertama mungkin lebih kepada kebijaksanaan Benzema mempengaruhi Alaba untuk. Benzema menarik Alaba untuk mencipta ruang di halfspace berdekatan byline. Lihat situasi ini.
Gol kedua Real Madrid, anda semua tahu bagaimana kesilapan Ulreich menjadi punca gol itu.
Rumusan
Secara asasnya, Zidane ada pelan yang jelas nak mengurangkan impak Ribery di kanan mereka. Seterusnya cuba merantai Lewandowski.
Isu ketara pada Real Madrid adalah perlaksanaan . Ini kerana isu disiplin beberapa pemain mereka bertahan apabila bek sisi Bayern masuk ke dalam kawasan yang sangat jauh ke pertahanan mereka.
Selain itu aspek teknikal juga harus diambil kira. Taktik Zidane ini berasaskan man marking dan ia bermakna pertarungan teknikal . Jadi pemain akan bergantung kepada teknikal berbanding dengan taktikal berpasukan secara unit.
Pemain seperti Alaba ada pengaruh yang kuat dalam perlawanan ini. Ianya adalah lebih kepada tugas Modric dan Asensio untuk mengawal impak 2 pemain ini. Modric adalah pemain yang lebih baik di tengah berbanding dengan di bahagian sayap.
Dalam perlawanan beliau tidak ada kemampuan yang baik untuk bertahan di ‘wide area’ terutama berhadapan dengan pemain seperti Alaba. Marcelo berhadapan dengan isu ‘workload’ ketika bertahan untuk mengekan Muller dan ancaman Kimmich.
Di kanan, Vazquez lebih fokus kepada satu arahan iaitu meneutralkan Ribery.
Apapun, Real Madrid memiliki penjaga gol yang sentiasa mampu menghadirkan pakej tambahan ketika bertahan berhadapan dengan pasukan seperti Bayern Munich.
Bayern Munich harus menyalahkan diri sendiri kerana 2 perlawanan timbal balik skrip mereka hampir sama. Banyak menyerang tetapi tidak cukup tajam. Seterusnya Real Madrid lebih efektif menyempurnakan peluang gol yang lebih terhad berbanding Bayern. Lihat statistik ini.
Pemain terbaik pilihan SemuanyaBOLA
Keylor Navas (Real Madrid)