Argentina ditundukkan oleh Croatia 3-0 dalam perlawanan kedua kumpulan D.
Sampaoli mengambil keputusan untuk bermain dengan sistem bek bertiga dalam perlawanan ini selepas gagal menang ke atas Iceland. Ada beberapa kelemahan sistem bek bertiga Sampaoli.
Kelemahan sistem bek bertiga Argentina
Secara asasnya, Sampaoli mahukan bola dibina daripada blok rendah ataupun daripada belakang, dari penjaga gol. Namun masalah utama mereka adalah, Caballero bukan ‘ball playing keeper’ yang baik untuk sistem ini.
Tidak boleh menyalahkan Caballero sahaja, kerana arahan taktikal itu daripada Sampaoli. Beliau sepatutnya menilai aspek kelemahan Caballero dalam mengawal bola di kaki.
Struktur dan posisi mereka dalam menjana binaan serangan dari belakang memang tidak meyakinkan daripada awal lagi. Lihat contoh di bawah ini.
Rujuk bagaimana Napoli membentuk gerakan daripada bawah di bawah Sarri. Mereka menekankan struktur sokongan yang stabil
Ya sebelum ini Pep Guardiola pernah lebih memilih Caballero berbanding dengan Hart ketika City menunggu kemasukkan Bravo.
Namun Guardiola menjelaskan 2 penjaga gol beliau ketika itu ada masalah dengan mengendalikan tekanan lawan. Namun Guardiola menyatakan Caballero lebih baik daripada Hart dalam aspek sweeping.
Sweeping adalah aspek yang tidak sama dengan ball playing terutama sekali ketika ditekan dan penjaga gol cuba mengawal keadaan dan menghantar bola ke pemain terdekat dengan tenang.
Dalam perlawanan semalam, Caballero dan pertahanan hampir dihukum lebih awal oleh Mandzukic kerana kegugupan mereka.
Dan paling ngeri Caballero memberikan bola tanggung kepada Perisic. Lihat video ini, bagaimana Caballero sangat cemerkap dalam keadaan ada tekanan.
https://twitter.com/nomifooty/status/1009903785475559425
Seterusnya adalah, Argentina sangat bermasalah dengan mematikan ancaman dari sayap yang masuk ke half space.
Dalam perlawanan menentang Iceland, pasukan yang kurang melakukan 100 hantaran pada separuh masa pertama, Iceland masuk ke dalam kotak penalti dengan kerap setiap kali menyerang.
Lihat video ini, tiada pemain yang benar-benar dinamik dan ada beberapa pemain yang kasual dan putus harapan.
https://twitter.com/HassanAOmran/status/1009904302322802688
3-4-2-1 Argentina tak dinamik
Sistem ini mirip kepada 3-4-3. Sistem 3-4-3 ataupun 3-4-2-1 memerlukan pemain yang dinamik. Itu yang dilakukan Itali ketika di bawah Conte pada Euro 2016 dan juga ketika Chelsea menjuarai EPL 2016/17.
Aspek ini tiada pada Argentina terutama sekali di tengah. Fabregas dalam analisis beliau mengibaratkan Argentina bermain 5-0-5. Di mana tiada pemain yang benar-benar mahu berada di tengah untuk menghubungkan pasukan.
Setiap kali hilang bola, mereka sangat rapuh kerana Croatia ada ruang yang besar di tengah dan mewujudkan pertarungan seperti 3 v 3 ataupun 4 v 3. 2 bek sayap mereka tidak cukup bagus untuk bermain peranan tersebut.
Acuna dan Salvio ternyata sedang bermain ‘side midfielder’ sepanjang perlawanan ini bukannya pemain bek sayap.
Serangan Argentina
Ini adalah perlawanan di mana mereka gagal memanfaatkan kualiti pemain terbaik mereka iaitu Messi dan Aguero.
21:11 – Sergio Aguero didn't touch the ball at all in the final 21 minutes & 11 seconds of the first half for Argentina vs Croatia (incl. injury time). Lonely.#ARGCRO #ARG #CRO #WorldCup pic.twitter.com/S2O10dbom4
— OptaJoe (@OptaJoe) June 21, 2018
Lionel Messi pula hanya melakukan 1 percubaan gol dalam perlawanan ini berbanding 11 menentang Iceland. Messi tidak menerima banyak bola dalam sistem ini.
Sistem mereka tidak melekat (cohesive) secara unit. Mereka buntu untuk mengatasi pertahanan Croatia yang fizikal dan berdisiplin.
Argentina tidak ada percikan (spark) di kawasan serangan pada hari ini, tiada kreativiti dan ancaman bertenaga walaupun ada penguasaan bola dan jumlah hantaran yang lebih baik.
Croatia manipulasi ruang
Croatia sangat baik dalam mengeksploitasi ruang di tengah dan ketika fasa serangan balas. Mereka ada pemain yang sangat kompeten di tengah iaitu Luka Modric dan Ivan Rakitic.
Seterusnya, mereka melakukan pressing yang sangat kuat di kawasan lawan berbeza dengan apa yang mereka lakukan ketika menentang Nigeria.
Pengulas perlawanan juga berpendapat ia seperti sistem pressing mereka ketika menentang Brazil di Anfield tempoh hari.
Modric dan Perisic diberikan kebebasan di tengah dan mereka berjaya membuatkan Argentina panik kerana Argentina bermasalah dengan ‘ball playing’ di blok rendah termasuk penjaga gol dan bek tengah.
Ini adalah contoh sistem tekanan mereka yang aktif menekan pemain-pemain Argentina.
Croatia memberikan tekanan lebih tinggi dengan gol pendahuluan. Rebic mendapat manfaat daripada kesanggupan beliau melakukan tekanan di kawasan gol.
Modric bermain peranan yang sangat dinamik. Beliau aktif turun dan bergerak di belakang penyerang. Mereka juga sangat opportunist ke atas sistem bek berlima Argentina yang kerap kali terpinga-pinga.
Croatia sangat tajam dalam gerakan dan di hadapan gol. Mereka hanya ada 43% penguasaan bola namun ada 14 percubaan ke arah gol 5 tepat, 3 daripadanya disempurnakan.
Rumusan
Ini adalah isu pemilihan taktikal dengan keupayaan pemain untuk menggerakkan taktikal tersebut. Argentina adalah pasukan yang tercari-cari rentak dari awal sehingga akhir.
Mereka ada isu dengan ‘disconnection’ dan ‘disjointed’ di antara bahagian. Seterusnya adalah isu posisi dan linking up play yang lemah. Mereka sangat mudah dijangka dalam hantaran dan gerakan.
Croatia berhak menang kerana mereka berdisiplin, bertenaga dan menyerang pada masa yang tepat di ruang yang betul. Modric menekankan aspek permainan berpasukan sebagai kunci kejayaan mereka.
Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA
Modric (Croatia)