Dalam bola sepak, walaupun anda melakukan 30 cubaan gol dan 10 kali tekena tiang gol sekalipun, jika tidak ada satu yang berjaya disempunakan, anda masih dikira tumpul.
Itulah senario dalam perlawanan semalam untuk pasukan Singapura!
Permulaan
Singapura menggunakan formasi moden 4-2-3-1 dengan Harris Harun dan Izzdin menjadi double pivot untuk mereka.
Manakala Ong Kim Swee di atas kertas digambarkan akan menggunakan 4-4-2, sebaliknya dalam perlawanan Malaysia banyak bermain 4-1-4-1 .
Baddrol Bakhtiar terus menjadi pemain paling bawah dalam organisasi bahagian tengah
Singapura Mencari Pemain Sayap
Faris Ramli dan Gabriel Quak adalah sasaran utama mereka untuk membawa masuk bola ke half-space ataupun terus ke dalam kotak penalti.
Ini adalah corak hantaran mereka dalam perlawanan ini dengan menjadikan Izzdin sebagai sumber penting. Semakin tebal garisan itu, semakin dominan hantaran ke arah tersebut. Mereka nampak stabil!
Izzdin dan pemain bek tengah kiri Singapura (Bennet) telah menjadi sumber penting untuk melakukan hantaran diogonal yang terusk ke bahagian sayap.
Singapura Memenuhkan (Overloading) Ruang Sebelah Kiri
Pada awal perlawanan, mereka menghidu bahagian bek kanan Malaysia agak goyah. Mereka mula memusatkan ancaman di arah itu. Rizal Ghazali agak gugup pada debut beliau.
Ini adalah contoh corak hantaran dan gerakan Singapura yang fluid dengan Khairul Amri sentiasa bergerak ke kiri dan kembali ke kotak penalti.
Safuwan dan Harris memberikan desakan dan tekanan tambahan.
Singapura benar-benar memanipulasi kelemahan struktur 4-1-4-1 Malaysia yang terlalu statik. 2 pemain tengah menyerang (CAM) tidak turun naik untuk menutup ruang di belakang.
Zon 14 Malaysia terlalu terdedah!
Ingat tak kesilapan yang sama pernah dilakukan Khairul Helmi ketika memberikan PDRM sepakan penalti kerana keluar terlalu awal?
Taktikal 4-1-4-1 Malaysia
Tidak pasti sama ada Ong Kim Swee terlalu bereksperimen atapun dia memang sudah ada data analisis tentang kemampuan pemain untuk menggalasa posisi sekunder ataupun ketiga dalam perlawanan ini.
Safawi Rashid adalah penyerang sayap, bukan pemain sayap klasik yang perlu bertugas menjadi penghantar bola kepada penyerang utama.
Safawi tidak memahami apa peranan beliau di dalam padang dan 100% dalam permainan beliau, Safawi sedang bermain penyerang sayap dalam sistem penyerang bertiga (attacking 3) dalam platform yang memerlukan dia menjadi pemain sayap dalam sistem pemain tengah bereempat.
Maknanya, Safawi perlu bertahan ! Itu yang tidak dilakukan beliau. Terlalu mudah pemain-pemain Singapura menyerang arah beliau dan Nazirul.
Seterusnya adalah peranan Irfan Fazail dan Amri Yahyah yang bermain sebagai pemain tengah (CM) dalam formasi 4-1-4-1.
Anda boleh baca analisis saya tentang masalah Chelsea dalam 4-1-4-1 apabila pemain ni peranan Amri dan Irfan gagal bermain peranan box to box ataupun no.8. Chelsea dan Conte pun boleh bermasalah!
Baca juga: Analisis Taktikal EPL 2016/17: Kualiti Dan Struktur Arsenal Musnahkan Chelsea
Azriff Nasrulhaq adalah pemain paling rajin untuk Malaysia kali ini. Namun beliau terlalu banyak kerja. Tidak ada gandingan dan komunikasi berkesan dengan Rizal Ghazali dan juga Irfan di sebelah kanan.
Azriff terpaksa kerap turun ke bawah.
Baca taktikal 4-1-4-1 BvB di sini, cara mereka bermain 4-1-4-1 yang merupakan formasi yang terlalu menuntut permainan box to box dan transisi segera.
Dari segi transisi, ia memang lemah. Pemain banyak menggunakan gerakan individu daripada bermain dengan taktikal (teamplay) untuk memecahkan blok rendah Singapura.
Malaysia Bermain Pasif
Kebanyakan pasukan bermain pasif akan agresif. Namun Malaysia, pasif secara intensiti dan posisi tetapi tidak agresif.
Mereka cuma akan agresif ketika pemain Singapura berada di garisan pertahanan akhir mereka.
Skuad Ong Kim Swee terlalu ke bawah (deep) dalam perlawanan ini. Tidak ada desakan (pressing) di garisan lebih tinggi.
Singapura jelas menjadikan pivot mereka, Izzdin dan Harris sebagai penghantar utama bola ke semua arah. Izzdin bermain seperti Pirlo kerana beliau terlalu banyak masa dan ruang diberikan oleh pemain-pemain Malaysia.
Lihat contoh di bawah ini bagaimana pemain Malaysia cuma berlari dan tidak memberikan tekanan langsung.
Pada separuh masa kedua tekanan dan intensiti Malaysia bertambah sedikit. Tetapi ia masih gagal memberikan banyak perbezaan.
Hanya Zaquan Adha dan Nosrhsharul yang kelihatan ada keiinginan untuk melakukan sesuatu. Ia adalah faktor pengalaman yang membentuk mentaliti kuat.
Penilaian
Ia adalah ralat dalam taktikal Ong Kim Swee kerana meletakkan terlalu ramai pemain di posisi lemah. Pemain tidak ada kefahaman tentang formasi 4-1-4-1.
Sebelum ini Ong Kim Swee banyak bermain dengan 4-3-3 dan saya jangkakan Safawi Rashid dan Hazwan akan memberikan dimensi kepada sistem attacking 3.
Isu yang masih gagal diselesaikan Ong Kim Swee adalah formasi dan taktikal utama (recognized) sedangkan Piala AFF Suzuki tidak lama lagi.
Untuk aspek teknikal, para pemain Malaysia menampakkan kelemahan mereka dari beberapa aspek apabila bermain dalam taktikal yang mereka kurang fahami.
Ini kerana, kegagalan taktikal berfungsi secara pasukan menuntut pemain bermain lebih teknikal.
Malaysia mungkin ‘pemenang’ dalam pertarungan ini secara keputusan kerana Singapura gagal menjaringkan walau 1 gol.
Malaysia tidak ada kreativiti, kawalan bola dan kualiti hantaran akhir yang lemah dalam perlawanan ini.
Singapura masih perlu memperbaiki isu urgencies dalam membuat keputusan dan variasi di dalam hantaran. Ini kerana secara permainan berpasukan mereka nampak baik.
Penyelamat utama skuad Malaysia adalah Khairul Azhan yang bermain cemerlang. Agak lama juga saya tidak menyaksikan aksi elastik beliau.
Pemain Terbaik Perlawanan
Khairul Azhan (Malaysia)
Baca juga : 5 Perkara Daripada Perlawanan Persahabatan Singapura v. Malaysia