Dalam analisis Selangor vs. Pulau Pinang, serangan Selangor yang kami gelarkan VAD (Veenod-Adam-Doe) sangat tajam. Pulau Pinang jelas tidak mampu menghalang kualiti tersebut
Permulaan
Selangor turun dengan formasi 3-4-3 dalam perlawanan ini. Manakala Ashley Westwood memilih untuk menggunakan formasi 4-1-3-2.
Selangor vs. Pulau Pinang (2:0)
Permainan posisi yang bijak Syahmi dan Veenod
Pada asasnya mereka cuba bermain dengan sistem bek bertiga dengan 2 bek sayap. Namun dalam perlawanan ini mereka lebih kepada 5-4-1, 4-4-2 ataupun 5-3-2.
Rajah di bawah ini menjelaskan bagaimana S. Veenod dan Syahmi Safari positioning switch mampu mengubah formasi Selangor dari 5-3-2 kepada 5-4-1 ataupun 4-4-2.
Ia sangat bergantung kepada S. Veenod. Raimi dan Syahmi Safari bermain dalam peranan yang berbeza. Raimi tidak bermain sebagai bek sayap, dia lebih kepada bek sisi.
Manakala di kanan, Syahmi Safari lebih komprehensif dengan pemahaman peranan sebagai bek sayap.
Apa yang berlaku adalah, Raimi tidak ada masalah dari segi pertahanan kerana dia bermain dengan baik dalam sistem bek berlima bila bertahan.
Rajah posisi mereka ketika bertahan dengan 5-4-1. Namun ppabila berlaku fasa transisi, gerakan lebih baik secara taktikal di sebelah kanan berbanding kiri.
Ini kerana pemahaman taktikal yang lebih baik oleh Syahmi sebagai bek sayap berbanding dengan Raimi yang lebih limited.
Ketika permain cuba digerak dan berkembang, Veenod berhadapan dengan isu tugasan yang overload. Raimi tidak mampu bermain dalam sistem bek sayap.
S. Veenod jelas merupakan pemain yang sangat bertenaga dan berstamina tinggi.
Kami rasakan, Raimi masih dalam proses transisi kepada sistem bek sayap. Jadi, perlawanan kompetitif pertama dalam peranan ini, ia masih diterima.
Pertukaran formasi Selangor
Mereka tidak memerlukan permainan yang terlalu fancy dalam sistem bek sayap. Ini kerana di sektor kiri lebih rigid. Namun mereka sangat tajam dengan 3 penyerang mereka iaitu S. Veenod, Forkey Doe dan juga Adam Nor Azlin.
Pulau Pinang sangat lemah mematikan 3 pemain ini apabila bola di kaki mereka. Gerakan mereka terus mengacam ke kawasan gol lawan.
Secara umumnya ia adalah 5-2-3 yang asymmetrical dengan sektor kanan ada bek sayap, manakala sektor kiri adalah bek sisi biasa.
Di bawah ini adalah penerangan posisi dominan mereka ketika build up. Ia jelas lebih animasi di sebelah kanan berbanding kiri.
Rajah di atas menunjukan jarak yang jarak yang lebih jauh untuk S. Veenod berbanding dengan Adam Nor Azlin.
Sistem ini lebih animasi di sebelah kanan kerana 3 pemain di kanan, Razman-Syahmi-Adam Nor Azlin bermain sistem 3-4-3 sebenar.
Mereka memahami peranan bek tengah kanan, bek sayap kanan dan penyerang sayap kanan.
Trio Veenod-Adam-Doe (VAD) Tajam
Mereka tajam secara gerakan dan juga penyudah. Hampir setiap kali bola di kaki terutamanya separuh masa pertama mereka akan mencetuskan kemungkinan untuk gol.
3 pemain di atas sangat bertenaga. Walaupun secara serangannya, Selangor boleh dikatakan agak skip bahagian tengah (avoid center), kerana aliran bola mereka terus ke bahagian sayap dengan segera.
Sebab itu saya merasakan sistem formasi mereka agak direct football. Namun ia berkesan dalam perlawanan ini.
Trio serangan mereka adalah titik terkuat Selangor. Serahkan sahaja bola kepada mereka dan mereka akan menggerakkannya.
Walaupun kurang sokongan dari tengah, trio VAD ini memiliki permainan kombinasi dan pertukaran poisisi yang fluid. Mereka cepat memberikan sokongan sesama mereka.
Pemain terus berlari untuk memberikan sokongan. Gerakan yang sangat bertenaga.
Rasanya Veenod lebih efektif dalam sistem ala defensive winger ini. Ini kerana sebelum ini Veenod terlalu banyak posisi dan kerap menjadi bidan terjun.
Taktikal Pulau Pinang
Pulau Pinang jelas pasukan yang lebih berorientasikan penguasaan bola. Namun mereka ada 2 masalah utama
1. Intensiti
Intensiti mereka agak sederhana dan tidak intensif. Maksudnya, gerakan mereka tidak laju. Aliran bola mereka terlalu soft dan terlalu banyak hantaran dan gerakan gagal di bahagian serangan.
2. Penetrasi
Mereka agak bermasalah untuk memecahkan formasi 5-4-1 Selangor ketika bertahan. Kurang hantaran bahaya. Namun isu ini diperbaiki pada separuh masa kedua.
3. Kreativiti
Masalah terbesar pasukan ini. Pemain ada gerakan yang baik di tengah, namun bila sampai di kawasan gol lawan, mereka tidak cukup kreatif. Banyak gerakan yang patah balik.
Kerapuhan pertahanan Pulau Pinang
Ini adalah masalah paling kritikal mereka. Masalah yang membuatkan mereka hilang fokus. Pertahanan mereka terlalu lemah dalam mematikan serangan balas.
Kurangnya aksi defensif seperti hadangan dan bentesan bersih. Mereka kerapkali outnumbered apabila bertahan.
Pemain sayap mereka lemah dalam membantu pertahanan. Mujurlah Raimi tidak terlalu ofensif. Jika Raimi bermain seperti Syahmi, rasanya Pulau Pinang akan lebih bermasalah.
Masalah terbesar mereka adalah half-space dan tengah bertahan (defensive midfielder) yang lemah melinduingi bek berempat.
Bek sisi mereka juga rapuh dengan pemain sayap mereka malas untuk turun membantu. Ia serba serbi bermasalah.
Penilaian
Secara rumusan, ia bukanlah perlawanan yang benar-benar pertarungan taktikal.
Ini adalah kemenangan yang penting buat Selangor. Walaupun secara taktikal Selangor bukanlah bermain attacking 3-4-3, mereka lebih kepada counter attacking 3-4-3/5-3-2.
Ia masih lagi direct football system. Namun ia masih perlawanan pertama. P. Maniam harus menggariskan isu sokongan antara bahagian dan pemahaman fungsi setiap posisi.
Jika isu ini diperbaiki, mereka akan menjadi lebih baik kerana mereka ada bek bertiga dan trio VAD yang berkesan dalam sistem ini.
Namun hasil dalam perlawanan ini sangat mengagumkan.
Di tengah, pasukan Selangor terlalu banyak ruang, membuatkan pemain seperti Veenod dan Forkey Doe kerap membantu menghubungkan kawasan tersebut.
Pulau Pinang perlu kembali ke pusat latihan asah kembali kreativiti dan permainan kombinasi. Mereka memiliki penguasaan bola yang baik namun tidak mampu memberikan tambah nilai kepada penguasaan itu.
Fokus ketika bertahan dan juga isu decision making di bahagian serangan juga harus diperbaiki.
Pemain Terbaik
Ugo Ukah (Selangor)
Sukar untuk memilih siapa kerana pemain seperti Veenod dan Adam Nor Azlin serta Syahmi Safari berada dalam senarai teratas.
Namun Ugo Ukah adalah pencetus banyak ancaman untuk menghasilkan bola kedua dalam situasi bola mati. Beliau juga sangat bijak mematikan ancaman dari blind space.
Bertahan dengan berkesan di hadapan gol dan membantu di tengah.
Tahniah Selangor! Di puncak liga!
Baca juga: Selangor Tewaskan Pulau Pinang, Ashley Westwood Kecewa