Real Madrid mempertahankan gelaran Piala Super Eropah selepas menang 2-1 ke atas Manchester United.
Permulaan
Real Madrid mempertaruhkan sistem 4-3-3, manakala Manchester United dengan 3-5-2. Manchester United merehatkan antara pemain terbaik mereka dalam pra-musim kali ini, Marcus Rashford.
Untuk Real Madrid, Cristiano Ronaldo pula disenaraikan di kerusi simpanan pasukan setelah baru cergas. Gareth Bale berada di dalam kesebelasan utama.
Real Madrid bermula positif, United turun terlalu rendah
Cara kedua-dua pasukan memulakan perlawanan ini adalah penentu utama keputusan. Real Madrid lebih positif untuk melakukan serangan awal walaupun mereka jelas ada isu pemain kurang cergas seperti Bale dan Benzema.
Manchester United pula, tipikal Jose Mourinho yang suka menyerap asakan di blok rendah dan tidak terlalu kisah akan penguasaan bola. Mereka akan cuba menggerakkan serangan balas yang tajam.
Namun, aktiviti menyerap serangan United kali ini agak bermasalah kerana Real Madrid ada ‘ball-carrier’ yang tajam iaitu Isco yang beraksi dalam prestasi terbaik.
Real Madrid banyak menumpukan serangan di half space kiri ataupun ruang di antara Valencia dan Lindelof dan juga Lindelof – Smalling.
Hererra gagal untuk melindungi zon itu. Antara sebab beliau dikeluarkan pada separuh masa kedua.
Ini adalah gambaran bagaimana Real Madrid menggunakan Isco sebagai pemecah utama garisan pertahanan akhir United. Kerana pendekatan yang agak terlalu pasif ini, Casemiro sendiri kerap sampai ke luar kotak penalti/ final third.
Ini adalah ‘heatmap’ trio serangan Real Madrid yang dengan jelas berpaksikan Isco dan juga menekan half-space kiri.
Serangan balas United kurang efektif pada separuh masa pertama
Dengan sistem yang ‘drop deep’, sudah pastinya mereka bersedia dengan serangan balas yang tajam. Itu antara kualiti utama Manchester United musim lalu.
Namun pada separuh masa pertama, mereka sukar untuk mengatasi kawasan tengah yang didominasi trio Modric-Casemiro-Isco.
Dengan kerosakan pada sistem serangan balas ini, United gagal untuk mengancam kubu Real Madrid. Di bahagian sisi (wide), mereka ada masalah dengan sokongan (width support).
Secara asasnya memang United bermain 3-5-2 tetapi secara taktikalknya mereka banyak bermain dengan 3-6-1 pada separuh masa pertama.
Anda lihat laporan ‘passmap’ ini, anda dapati United ada masalah dengan ‘distribution’ secara keseluruhannya. Matic cemerlang di tengah tetapi Pogba dan Hererra jelas tidak beraksi dengan baik sebagai unit trio.
Sekarang anda bandingkan dengan ‘passmap’ Real Madrid yang sangat stabil di semua sektor.
Improvisasi United pada separuh masa kedua
Bak kata pengulas perlawanan ini, United pada separuh masa pertama seperti pasukan masih belum siap berhadapan dengan pasukan Real Madrid yang sudah bersedia dengan musim baru meskipun tanpa Ronaldo.
Sistem bek bertiga Manchester United rigid tidak ada libeiro. Jadi, mereka sebenarnya mahukan 2 pemain di tengah untuk lebih aktif mengutip bola di bawah dan menggerakkannya ke atas.
Mourinho menambahkan ketajaman di sayap kiri dengan Rashford dan memasukkan Fellaini untuk lebih fizikal. Fellaini dijadikan penyerang kedua di dalam perlawanan ini. Beliau dimasukkan selepas gol Isco.
Jadi, pada separuh masa kedua, United beraksi dalam 3-5-2 sebenar. Garisan pertahanan mereka dinaikkan sedikit dan membolehkan pemain tengah lebih senang untuk akses ke zon 14.
Kesannya, Manchester United berjaya memberikan tekanan kepada Real Madrid. Dengan kurangnya ancaman daripada Bale, Real Madrid pula agak bergantung kepada Isco dan Modric ketika fasa serangan balas.
Ini adalah laporan posisi dominan kedua-dua pasukan. Kami ‘highlight-kan’ posisi dominan Manchester United yang jelas lebih pelaburan di kawasan serangan.
Fellaini dan Rashford nyata memberikan dimensi berbeza kepada United. Rashford lebih berani dan selesa dengan bola berbanding dengan Lingard.
Manakala Fellaini berjaya menjalankan tugasannya untuk memberikan ancaman secara fizikal di dalam kotak penalti lawan.
Jadi, saya berpandangan, jika United memulakan perlawanan dengan sistem yang lebih positif seperti separuh masa kedua, rasanya, kita akan menyaksikan saingan berbeza.
Penilaian
Real Madrid dominan pada separuh masa pertama. Namun pada separuh masa kedua, United memberikan saingan yang kuat kepada mereka.
Kedua-dua pasukan masing-masing memiliki 2 peluang keemasan untuk menambah 2 gol. Real Madrid dengan 2 cubaan yang terkena palang. Manakala United dengan cubaan ‘sitter’ dari Lukaku dan juga 1 lawan 1 oleh Rashford.
Beberapa peluang lagi dapat diselamatkan oleh penjaga gol yang masing-masing cemerlang di dalam perlawanan ini.
United masih ada banyak kerja rumah yang perlu mereka lakukan sekiranya mereka memilih untuk membangunkan sistem 3-5-2, terutama sekali untuk ‘memasukkan’ beberapa pemain baru mereka ke dalam pasukan utama.
United bertahan dalam unit yang ramai pada separuh masa pertama tetapi tidak agresif mematikan gerakan lawan. Mereka terlalu mudah dilepasi oleh pemain Real Madrid pada garisan pertahanan akhir.
Real Madrid berjaya memanfaatkan sebaiknya titik terkuat mereka dan menekan titik lemah (weakest link) United meskipun pemain seperti Bale dan Benzema tidak berada dalam prestasi terbaik.
Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA
Isco (Real Madrid)
Statistik