Analisis Taktikal: Pochettino Guna ‘Wingerless 4-2-2-2’ Pecahkan Struktur Pertahanan Chelsea

Tottenham Hotspur akhirnya menang di Stamford Bridge dalam aksi cemerlang mereka. Spurs menundukkan Chelsea dengan kemenangan 1-3.

Permulaan

Chelsea menggunakan formasi utama mereka 3-4-3. Alvaro Morata diletakkan di ‘kepala’ serangan utama.

Manakala Spurs tampil dengan formasi asas 4-2-3-1. Son Heung Min menjadi penyerang utama.

Spurs aktif dalam counterpressing

Mungkin agak klise untuk menjelaskan hal ini dalam analisis taktikal melibatkan Spurs. Anggap sahaja ini sebagai pelengkap profail untuk laporan taktikal kali ini.

Chelsea adalah pasukan yang gemar melakukan hantaran panjang dari belakang ke bahagian serangan. Ianya salah satu ancaman utama mereka.

Dengan tekanan dan desakan yang kuat oleh Spurs di kawasan tinggi, mereka banyak mendesak pemain Chelsea melepaskan bola awal dan kurang ruang dan masa untuk mengolah gerakan taktikal.

Counterpressing ini membuatkan Spurs cuba bertahan di kawasan lawan terlebih dahulu berbanding dengan bertahan di kawasan sendiri.

4-2-2-2

Formasi ini digelar wingerless ataupun magic rectangle oleh pundit bola sepak. Di atas kertas, Eriksen dan Lamela diletakkan di formasi sayap, namun di dalam perlawanan, mereka berada di kawasan tengah ataupun half-space.

Dalam bola sepak aspek width memang asas kepada serangan. Width pasukan ini adalah milik bek sisi sepenuhnya. 2 pemain di belakang 2 penyerang utama akan bergerak ke sisi juga pada fasa tertentu.

Ini adalah kedudukan mereka dalam 4-2-2-2 daripada asas 4-2-3-1.

Daripada gambar di atas, 4 pemain di serangan berempat yang saya tandakan dengan kotak kuning (magic box) itu sangat aktif untuk bertukar posisi dan peranan.

Kadang kadang, Eriksen dan Lamela akan bermain peranan penyerang utama. Dele Alli dalam perlawanan ini tidak bermain no.10 sangat.

4-2-2-2 ini adalah untuk memastikan Spurs sentiasa ada unit yang cukup untuk berhadapan dengan sistem pertahanan Chelsea di zon 14.

Anda boleh lihat heatmap 4 pemain Spurs iaitu Son, Alli, Lamela dan Eriksen. Mereka berada di zon yang sangat ke dalam/tengah.

Keupayaan teknikal pemain-pemain Spurs sangat baik ketika mengawal dan bertarung bola di kawasan sempit. Chelsea pula gagal untuk mengitar semula dengan lebih baik.

Isu taktikal Chelsea

Chelsea gagal untuk mencipta permainan yang lebih variasi apabila mereka ditekan. Fabregas gagal memberikan impak di tengah. Manakala, Alonso dan Moses secara asasnya kerap terkeliru (confusion) tentang apa harus mereka lakukan.

Ini kerana mereka berhadapan dengan pasukan yang tidak ada pemain sayap serangan secara taktikal. 2 pemain ini berhadapan secara langsung dengan Trippier dan Davies sahaja.

Chelsea gagal memberikan servis lebih banyak kepada ‘target man’ mereka. Itu antara masalah utama mereka kerana Spurs sentiasa mewujudkan tekanan tinggi supaya Chelsea panik dan melepaskan bola segera yang kebanyakannya kurang berkualiti.

Isu kesilapan pertahanan juga agak mustahak untuk pasukan Chelsea. Pemain terlalu banyak hilang bola dan melakukan kesilapan di kawasan sendiri yang terus digerakkan Spurs sebagai ancaman langsung.

Mereka hanya melakukan 72% hantaran tepat dalam perlawanan ini pada separuh masa pertama, satu angka yang rendah untuk pasukan seperti mereka.

Rumusan

Spurs berjaya mewujudkan sistem yang mengurangkan impak serangan balas Chelsea dan pada masa yang sama mereka berjaya bermain dengan sistem yang cuba ‘outnumbered’ Chelsea di zon atas.

Bagi anda yang kerap mengikuti perkembangan taktikal di Eropah pastinya anda akan terus teringat dengan RB Leipzig untuk formasi 4-2-2-2 ini. Liverpool turut pernah menggunakannya musim ini.

Fluiditi pada Dele Alli, Son Heung Min, Lamela dan Eriksen memainkan peranan sangat penting untuk mereka menguasai tengah dan mengucar-kacirkan pertahanan lawan.

Chelsea ada beberapa pemain yang tidak berada dalam prestasi terbaik. Namun pemain seperti Hazard dan Kante antara yang beraksi dengan sangat baik dalam perlawanan ini, namun bola sepak adalah permainan 11 pemain.

Gol Eriksen sebelum rehat separuh masa sangat berkualiti. Beliau adalah pakar percubaan jarak jauh.

Pemain terbaik pilihan SemuanyaBOLA

Dele Alli (Tottenham Hotspur)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN