Analisis Taktikal Piala Malaysia: Selangor v Kelantan (3-3) Satu Episod Serangan Tajam Dan Pertahanan Lemah

Dalam bolasepak, jika anda tidak mampu untuk bertahan dengan baik, 3 gol sekalipun tidak mencukupi untuk menang.

Dalam analisis kali ini saya memberikan penekanan kepada aspek pertahanan dan perubahan taktikal yang dilakukan Popov.

Manakala untuk Selangor, saya sukar untuk huraikan perubahan taktikal kerana seperti berberapa perlawanan sebelum ini, masalah nak settle down awal dalam perlawanan masih isu utama pasukan merah kuning.

Permulaan

Selangor bermula dengan 4-4-2. Meletakkan Veenod dan juga Nazmi di tengah. Zainal masih menggunakan Hazwan Bakri sebagai pemain sayap dalam sistem mifielder 4.

Kelantan turut bermain 4-4-2, namun dalam perlawanan sebenar mereka banyak bermain dengan 4-1-3-2. Mereka mengarahkan Gan bermain lebih box to box dalam perlawanan ini.

Analisis

1. Kelantan Banyak Bermain Di Sayap

Pada separuh mas apertama, Kelantan banyak bermain di sayap kanan. Wander Luiz untuk menjadi nadi serangan Kelantan di kanan pada separuh masa pertama.

Seakan akan, Luiz adalah titik fokal pasukan ini. Beliau adalah sasaran utama pemain dari tengah untuk merencanakan serangan Kelantan.

1

Dalam situasi ini, Kelantan cuba memenuhkan ruang di belakang Ilijoski. Yang ketara adalah, Raimi sangat tidak selesa dengan tekanan ini.

Kelantan banyak mencipta peluang daripada arah kanan pada separuh masa pertama namun mereka gagal meyudahkannya.

Pada separuh masa kedua pula, Kelantan banyak bermain di sayap kiri. Mereka mengarahkan pemain seperti Qayyum untuk berada di high line.

Penekanan orientasi di bahagian sayap mungkin kerana mereka tahu Selangor ada isu dengan bertahan di side back.

2. Flanker Selangor Tidak Komited Untuk Bertahan

Raimi kerap gagal mematikan ancaman. Beliau banyak berada di luar posisi beliau. Luiz memanipulasi sebaik baiknya ruang ini. Namun tidak adil untuk menyalahkan Raimi seorang sahaja.

Ini sistem 4-4-2 klasik, bermakna Hazwan perlu ada kemampuan untuk membantu pertahanan dalam sistem midfielder 4. Kenapa Hazwan gagal memberikan protection kepada kawasan tersebut?

Ini kerana Hazwan memang attacking minded no.9 secara semulajadi. Ingat lagi ulasan saya tentang kegagalan Payet bermain dalam sistem midfielder 4 berbanding menjadi flanker dalam attacking 3?

Itulah yang terjadi. Namun ia bukan kali pertama, hampir setiap kali Hazwan bermain sebagai flanker dalam midfielder 4 beliau akan memberikan komitmen sangat sedikit ketika bertahan.

2

Isu yang sama berlaku di sebelah Gopinathan. Ia adalah isu yang haru diperbaiki Selangor dengan segera. Ini kerana ketika menyerang mereka kerap mewujudkan 4-2-4. Flanker berada selari dengan penyerang berkembar.

Sistem ini wujud lebih kepada kecenderungan pemain seperti Hazwan untuk lebih aktif di kawasan serangan utama. Untuk Gopinathan, isu ini memang salah satu kelemahan beliau.

4-2-4

Jadi, apabila diserang balas/counter attacked, mereka meninggalkan ruang yang besar di antara flanker dan fullback. Dalam erti kata lain, Selangor bermain dalam sistem 4-4-2 dengan aspek technical error.

Pada masa yang sama mereka tidak memiliki Defensive midfielder yang tulen. Veenod lebih kepada bertahan dengan work rate tinggi. Beliau mengejar dan mendesak. Namun dari segi positioning beliau dan Nazmi seakan akan pemain yang sama.

2

3. Kerapuhan Pertahanan Kelantan v Ketajaman Selangor

Pada 30 minit pertama perlawanan, Kelantan kelihatan lebih bahaya. Namun yang mengecewakan adalah, ketika Selangor melakukan hantaran lintang (cross), Kelantan jadi panik untuk bertahan.

Salah satu isu besar adalah cara pemain Kelantan yang suka lari daripada organisasi. Mereka juga banyak ball watching dan melakukan berberapa individual errors dan goalkeeping errors.

gan

Mereka juga sangat lemah bertahan dalam high line. Kelantan tak ada pace. Mujurlah berberapa asakan Selangor tidak memberikan gol tambahan.

Kenaifan Kelantan menangani hantaran lintang membolehkan Selangor menjaringkan 2 gol awal. Gol pertama kerana gagal mempertahankan second ball.

Manakala gol kedua adalah kegagalan Norhafiz menyaingi Ronaldinho di udara memang sudah dijangka. Namun beliau seharusnya berterusan memberikan tekanan dengan segala kudrat, bukannya melakukan pertahanan yang agak pasif.

Manakala Khairul Fahmi yang seharusnya melakukan yang lebih baik dalam situasi tersebut.

Pada 15 minit terakhir separuh masa pertama dan 20 minit separuh masa kedua, Selangor kelihatan sangat tajam walaupun mereka gagal settle down dalam perlawanan ini hampir keseluruhan permainan.

Namun, setiap kali menyerang mereka kelihatan akan mendapat sesuatu. Maknanya, hantar sahaja bola ke dalam box dan penyerang mereka akan melakukan tugasan seterusnya dengan incisive.

4. Selangor Memanipulasi Kelemahan Pace Di Bahagian Pertahanan Kelantan

Salah satu perkara yang Kelantan sukar untuk hadapi adalah pace yang ada pada pemain Selangor. Veenod, Hawzan, Gopinathan terutamanya.

Kelantan sangat lemah dalam isu ini sehinggakan pemain big center forward seperti Ronaldinho dan Olivi kelihatan terlalu laju untuk mereka.

Banyak kali mereka panik kerana gagal membendung kelajuan yang dimiliki oleh Selangor. Gopinathan mungkin harus mencetak jaringan jika kualiti penyudah dan decison making beliau lebih baik.

5

6

5. Kelantan 3-4-3

Dengan memasukkan Manaf Mamat. Popov bermain dengan formasi 3-4-3. Sebelum itu, Wan Zack menjaringkan gol yang membawa kepada game-on.

Caranya, Popov menolak Qayyum ke high area. Ia lebih kepada, now or never untuk Kelantan melakukan sesuatu. Dalam erti kata lain, Popov gambling dalam fasa ini. Gomis dijadikan 3rd Center back.

Ketika fasa 3-4-3, saya merasakan ia berpotensi dihukum Selangor kerana Kelantan sangat rapuh di bahagian pertahanan. Namun perkara itu tidak berlaku.

Selepas Ugo Ukah dikeluarkan, corak bertahan Selangor sedikit merosot. Pemain tidak ada urgencies untuk mengeluarkan bola lebih awal.

Pada masa yang sama, banyak sangat bola dirampas oleh Kelantan di kawasan mereka. Selangor tidak ada masa untuk menghukum pertahanan Kelantan.

Kemasukan Hafiz Kamal tidak memberikan apa apa kesan secara ofensif, balance mahupun defensif. Hafiz Kamal adalah pemain yang benar benar tipikal correct CMF.

Pemain seperti ini tidak ada kemampuan untuk bertahan di zon 14. Ini adalah masalah besar Selangor musim ini. Mereka tidak ada solid defensive midfielder.

Gol Manaf lebih kepada kegagalan mereka mengeluarkann bola lebih awal. Hafiz Kamal miss header ke belakang. Ilijoski memenangi bola. Kemudian Brendan Gan bebas di kanan.

man1

man3

Hantara Gan ke dalam, berlaku pergelutan dan Manaf cuma melakukan shots yang sederhana kuat dalam keadaan agak tidak stabil. Pertahanan Selangor hilang fokus sejak dari awal anatomi gol ini terhasil.

man4

Menariknya, ada 3 pemain cuba melakukan blok betul betul di depan Manaf. Bola terlepas dan reaksi Norazlan yang agak lambat. 3-3 dan 1 mata untuk dikongsi.

man7

Verdict

Ia mungkin tidak adil untuk barisan serangan kedua dua pasukan untuk berkongsi mata. Ini kerana bahagian serangan telah bermain dengan baik.

Namun kedua dua pasukan gagal bertahan dengan baik dalam perlawanan ini. Selangor berdepan dengan isu teamwork ketika bertahan di wide area dan juga di zon 14.

Manakala Kelantan ada masalah dengan komunikasi, lemah mengeluarkan bola hantaran silang dan masalah gagal bertahan dalam high line.

Popov membuat pendekatan yang pragmatik. Wan Zack Haikal adalah punca utama perlawanan ini seri. Beliau menjaringkan gol di kala Zainal mahu mengurangkan orientasi menyerang.

Zainal memasukkan Hafiz yang diarahkan bermain di holding midfielder. Namun belum sempat taktikal itu berjalan, Wan Zack sudah menekan butang game on.

Tipikal gol Wan Zack Haikal sejak akhir akhir ini, beliau suka menjaringkan gol yang bergred tinggi dan kerap gagal menyempurnakan clear cut chances.

Selangor melepaskan 3 mata berharga, namun perlawanan ini tidak menentukan apa apa.

Tahniah kepada kedua dua pasukan kerana berjaya memberikan kita perlawanan yang penuh aksi,, ketajaman di depan gol, dramatik, gol masa kecederaan, indirect free kick, 2 pemain simpanan menjaringkan gol dan banyak lagi debaran.

Man of The Match

Wander Luiz

Baca juga: Analisis Taktikal Liga Super 2016: Kedah Naif Bertahan Dengan Garisan Defensif Tinggi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN