Kedah dan Tan Cheng Hoe turun dengan taktikal 4-4-2 dalam perlawanan ini dengan kesebelasan terbaik beliau.
Manakala PDRM pula dengan formasi 4-3-2-1 dengan menjadikan Guilherme de Paula sebagai penggempur utama.
Kedah serang melalui Syazwan Zainon
Sesuatu yang menarik dalam taktikal Tan Cheng Hoe sejak dari awal musim adalah peranan Syazwan Zainon di dalam pasukan Kedah.
Jika Syazwan berada di sayap kiri, maka arah serangan utama akan berpusat di kiri. Apabila Syazwan Zainon di sayap kanan, Kedah akan banyak menyerang dari arah kanan.
Video di bawah adalah contoh bagaimana mereka cuba menukar bola segera kepada Syazwan Zainon setiap kali ada ruang dibuka.
Video di bawah pula adalah ketika Syazwan Zainon ditukar ke sayap kanan. Anda akan mendapati mereka akan cuba melakukan hantaran diagonal ke penjuru kanan.
Tan Cheng Hoe mahu menggunakan kepantasan yang ada pada Syazwan Zainon untuk menggerakan bola masuk ke dalam kotak penalti.
Syazwan lebih kepada pemain yang suka melarikan bola masuk ke dalam kotak penalti berbanding dengan melakukan hantaran lintang dengan segera.
Gerakan Syazwan Zainon lebih penetratif berbanding dengan Badrrol. Beliau kerap bertukar-tukar posisi dengan Baddrol dalam perlawanan ini.
Ini adalah gambaran bagaimana corak hantaran pasukan Kedah dalam taktikal ini.
Penggunaan sistem serangan dari sayap yang aktif ini membuatkan Liridon tidak perlu bermain terlalu ofensif ataupun box-to-box yang aktif. Kesannya, Liridon agak tersangkut di bawah.
Melihat kepada kepentingan Syazwan Zainon, saya rasakan pemain ini perlu meningkatkan aspek hantaran dan kreativiti beliau. Syazwan terlalu direct di dalam permainan beliau.
Selepas Syazwan dikeluarkan taktikal Kedah lebih klasik dalam sistem 4-4-2.
Kelemahan taktikal Kedah
Dalam perlawanan ini, Kedah terlalu fokus kepada rancangan serangan (build up) daripada sayap. Pendekatan ini mungkin dipilih untuk memberikan servis kerap kepada 2 penyerang import mereka.
Kelemahan Kedah adalah mereka bermain dalam keluasan yang terlalu besar. Apabila hal ini berlaku, isu kekurangan sokongan dari pemain lain turut berkurangan.
Apabila sokongan berkurangan, ia menyukarkan hantaran di antara pemain. Pemain-pemain seperti Liridon cuba untuk bermain hantaran pendek dan sistem ini menyukarkan mereka.
Seterusnya adalah permainan kombinasi antara pemain. Syazwan kurang berinteraksi dengan fullbacks. Syazwan perlu melihat contoh bagaimana Baddrol dan Rizal Ghazali berinteraksi sesama mereka.
Saya ingin menegaskan, Syazwan Zainon adalah hub utama serangan Kedah namun beliau kurang kreativiti dan kebijaksanaan taktikal dalam permainan walaupun berbakat dari segi teknikal.
Isu pertahanan Kedah
Dari segi pertahanan, Kedah bermain dalam organisasi pertahanan bergarisan tinggi. Namun dalam beberapa ketika mereka nampak rapuh dan tidak terurus.
Anda boleh lihat di bawah, betapa teruknya organisasi ini dari Kedah.
Taktikal PDRM
Pada separuh masa pertama mereka berjaya bertahan dengan baik. Pendekatan serangan dari arah sayap yang melampau.
Mereka bertahan dalam garisan yang rendah dan ramai di belakang bola. Taktikal mereka lebih kepada menyerap asakan (soaking) dan cuba melancarkan serangan balas dengan segera.
Pada separuh masa kedua, mereka kelihatan menambah unit di bahagian hadapan untuk melakukan tekanan.
Dalam video di bawah anda akan lihat mereka ada unit yang ramai, namun tekanan yang dikenakan ke atas pasukan Kedah sangat rendah.
Jadi, frontline pressure dengan unit yang ramai seakan akan sia sia kerana pemain-pemain Kedah langsung tidak tertekan.
Dari segi serangan, saya berpendapat mereka lebih variasi berbanding dengan Kedah yang terlalu ketara bergantung kepada pendekatan serangan dari arah sayap secara beterusan.
PDRM menyerang dari semua arah. Cuma kualiti pemain mereka agak sukar untuk berhadapan dengan pertahanan Kedah yang agak berkualiti.
PDRM juga tidak ada insiatif untuk lebih banyak link up play. Mereka banyak bermain secara duel dengan pasukan Kedah.
Misalnya, mnggunakan gelecekan dan larian individu yang dengan mudah diatasi pemain pemain seperti Rizal Ghazali dan Bang Seung Hwan.
Dalam berhadapan dengan kualiti pasukan lawan yang lebih baik, PDRM perlu lebih cepat dalam membuat keputusan (decisive).
Aspek ini yang mereka kurang tajam. Apabila dikepun atau berhadapan dengan pertahanan Kedah, pemain-pemain mereka lambat dan kadangkala tidak tahu untuk membuat keputusan (indicisive).
Ini pula situasi di mana mereka melancarkan serangan balas. Safuwan Baharudin memilih untuk melakukan cubaan jarak jauh tanpa melihat ada ruang yang boleh digunakan untuk mencipta ‘kemungkinan’ yang lebih baik.
Beliau memilih untuk merembat dari jarak ini. Ia lebih kepada keinginan untuk personal glory dan juga kurang terlalu berharap (ambitious).
Yang menariknya, corak/pattern di atas ini adalah sama dengan ketika mereka mendapat sepakan penalti sebelum ini.
Kesimpulan
Dari segi taktikal ia bukan permainan terbaik daripada kedua-dua pasukan terutama sekali Kedah. Tan Cheng Hoe mungkin mendapat keputusan yang baik daripada 4-4-2 kali ini.
Ketiga-tiga gol dalam perlawanan ini berpunca daripada pertahanan yang gopoh dengan bentesan yang lemah selepas ditewaskan di garisan tinggi oleh kedua-dua pasukan.
Penalti pertama Kedah dilakukan di kawasan yang sukar untuk Thiago melakukan gol dengan PDRM memiliki unit pemain yang cukup.
Penalti pertama PDRM adalah kerana kesilapan Khairul Helmi yang keluar terlalu awal sedangkan Amirul Hisyam memberikan perlindungan yang cukup di hadapan.
Mereka berada dalam garisan pertahanan yang tinggi, jadi ia memerlukan kecergasan dan kecerdasan dalam bertahan. Bek tengah keluar awal sangat dalam garisan tinggi sentiasa akan ada risiko.
Bang Seung Hwan mungkin terpaksa melakukan terjahan itu selepas beliau tidak mengunci pemain itu ketika Khairul Helmi ke atas. Kualiti bentesan sangat rendah.
Penalti kedua Kedah dan ketiga dalam perlawanan ini adalah terjahan lemah Haziq dalam keadaan Smeltz berpotensi hilang kawalan bola dan menuju ke byline.
Pemain terbaik perlawanan
Liridon Krasniqi (Kedah)
Baca juga:Previu Piala Malaysia 2016: Kedah Mahu Lebar Rekod Tanpa Kalah 7 Perlawanan Tewaskan PDRM