Analisis Taktikal Piala Malaysia 2016: JDTII v Kedah (2-3)-Transisi Lemah JDT II Dan Sikap Manipulatif Kedah

Permulaan

JDTII(4-1-2-3)

Benjamin Mora meletakkan Zaquan Adha sebagai pemain penyerang sayap dalam perlawanan ini. Beliau menjadikan Afiq sebagai lone pivot dan Rangel sebagai target man.

Kedah(4-2-3-1)

Kehilangan Bang Seung Hwan sepatutnya bukan menjadi alasan kehilangan besar pasukan Kedah kerana, Bang ada sekalipun pasukan ini tetap goyah dalam bertahan. Syawal dan Shafizan diturunkan dalam back 4.

Syazwan di sayap kiri dan Baddrol di posisi sekunder sayap kanan.

Bahagian Kiri JDTII Adalah Rantaian Lemah (Weakest Link)

Aksi Fandi Othman di bek kiri amat mengejutkan dan beliau pasti mahu melupakan aksi pada malam itu.

Bek kiri JDTII telah melepaskan 2 gol dan berkali-kali dibuli oleh pasukan Kedah. Dalam perlawanan ini, Tan Chen Hoe jelas memfokuskan untuk memanipulasi kelemahan ini dengan memperketatkan intensiti di bahagian terbabit.

Afiq dan Akram bukanlah tidak memberikan perlindungan, cuma kualiti mereka malam itu di bek kiri sangat rapuh.

Ruang half-space antara Fandi dan Haify sentiasa terbuka dan menjemput ancaman lawan. Tidak hairan kenapa Benjamin Mora mengeluarkan Fandi pada separuh masa kedua.

Ked

Tan Cheng Hoe pula menambahkan kualiti dari segi pace di sayap kanan dengan mengarahkan Syazwan Zainon beraksi di situ.

Benjamin Mora Mahukan Bolasepak Fluid Tetapi JDTII Lemah Dalam Transisi

Benjamin Mora jelas mahu menggunakan pendekatan yang fluid dalam perlawanan ini. Mereka akan cuba berkembang kepada 3-4-3 apabila menekan pihak lawan.

333

Antara kelemahan utama adalah backline mereka tidak memiliki good passer no.6 atau deep lying midfielder playmaker untuk melakukan build up.

Jelas peranan playmaking dari deep area dipegang Baihakki. Namun beliau terlalu kerap melakukan hantaran yang bypass midfield.

343

Mungkin Baihakki cuba meniru peranan Boateng di Jerman dengan melakukan long diogonal passes namun kualiti beliau masih sangat rendah.

Ketepatan bola, imaginasi dan visi tidak cukup kuat. Baihakki ada kerja rumah sendiri untuk menjadi ‘core‘ kepada sistem Mora ini.

5

Ketika diserang pula, mereka lambat untuk reshape kepada 4-3-3 atau 4-3-2-1. Dan seperti yang dinyatakan di atas, weakest link utama di sebelah bek kiri yang lambat untuk turun.

Seterusnya adalah cara mereka yang lemah bermain dalam sistem yang berubah-ubah juga sedikit menyukarkan diri sendiri.

Pemain berada dalam jarak yang agak jauh. Ini mendorong kepada jumlah long ball yang banyak. Apabila pemain di belakang melakukan pressing, tidak ada konduktor di tengah untuk membantu mengalirkan bola.

4

Sebagai pemerhati taktikal, saya kagum dengan usaha Benjamin Mora untuk bermain dengan fluid & dynamic tactic. Namun cabaran beliau adalah kefahaman pemain yang  lemah dalam perlawanan ini.

Mereka tidak komprehensif dan ramai pemain yang bermain dengan imaginasi rendah.

Pemain seperti Rangel seakan-akan tidak selesa dengan sistem 3-4-3 ini pada awal perlawanan. Beliau kurang mendapat servis di atas. Akhirnya Beliau terlalu kerap ‘merampas’ paltform right wing.

Ia menyukarkan lagi JDTII untuk melakukan final passes.

ran

Kesannya, JDTII hilang platform target man. Namun isu ini diperbaiki pada separuh masa kedua. Ia lebih kerana kemasukkan Shafiq Shaharudin yang lebih aktif dan dominan di sayap kiri berbanding Che Rashid.

Rangel akhirnya lebih operatif di kawasan target man. Cuma masalah JDT adalah isu kreativiti untuk mencipta peluang lebih banyak dalam perlawanan ini.

Dari segi transisi, pasukan ini tidak cukup progresif dan dinamik untuk bertukar formasi. Pemain mungkin kelihatan laju untuk berlari, namun dalam bolasepak, transisi berpasukan adalah berbeza dengan transisi individu.

Kelemahan ini membolehkan Kedah memenangi bola dengan mudah di tengah kerana mereka terpaksa melakukan hantaran-hantaran jauh.

Kualiti Pertahanan Kedua-dua Pasukan

Perlawanan ini memiliki kualiti menyerang yang baik. Namun kualiti pertahanan masih longgar. Kedah kelihatan lebih baik dari segi zonal marking kali ini.

Mereka cepat untuk reshape dan regroup. Gol Rangel adalah kelas tertinggi dan ia dari situasi bola mati. Namun begitu, positioning penjaga gol Kedah juga harus diperbaiki.

Beliau cuba mengarahkan defensive wall melindungi bahagian kanan beliau.Namun beliau seakan akan tidak cukup percaya dengan benteng yang beliau bina.

Ia memang menjemput Rangel menembak ke sebelah kiri dengan potensi gol lebih tinggi jika bola ditembak dengan kuat.

6

Isu pertahanan JDTII agak teruk kali ini. 3 gol Kedah adalah kombinasi pelbagai kelemahan pertahanan dan penjaga gol JDTII.

Pemain hilang fokus dalam bertahan. Gol pertama Kedah, Shane Smeltz seorang diri sahaja di dalam box menewaskan 3 pemain pertahanan dari jarak yang agak sukar. Ia tetap kredit kepada sifat klinikal oleh Smeltz.

Gol kedua Kedah pula, sekali lagi JDTII ditewaskan terlalu mudah di kiri, sama ada di flank dan byline. Syazwan Zainon berjaya melakukan free header dengan tidak ada cabaran serius daripada pertahanan Swirad.

Perubahan Separuh Masa Kedua Oleh JDTII Dan Kedah

Pada separuh masa kedua, 2 pasukan ini mengambil inisiatif untuk melakukan perubahan. Mora lebih fokus kepada bahagian kiri, sama ada di bek kiri atau sayap kiri.

Manakala Tan Cheng Hoe masih mahu memanipulasi bahagian kanan, Beliau mengarahkan winger laju Syazwan Zainon untuk bermain di kanan dan menolak Baddrol ke zon 14 dan half space. Hasilnya, Baddrol menjaringkan gol dari kawasan kegemaran beliau di zon 14.

JDTII kelihatan lebih baik dari segi tempo bila menyerang dengan kelincahan Shafiq Shaharudin. Pemain ini ada skil teknikal yang sangat baik namun agak lemah dalam kreativiti.

Rasanya, beliau perlu memperbaiki aspek ini untuk menjadi antara winger yang digeruni selepas ini. Ini kerana, beliau ada kemampuan melakukan take ons yang memberikan mimpi ngeri kepada pertahanan. Bahkan pemain yang berfizikal kuat seperti Rizal Ghazali turut sukar memenangi duel dengan beliau.

Verdict

Ia adalah percaturan taktikal yang baik oleh Mora namun gagal diterjemahkan oleh para pemain JDTII yang lemah secara positioning.

Dari segi pertahanan JDTII gagal bermain dalam satu unit. Pemain seperti Baikhakki Khaizan tidak berada dalam prestasi terbaik. Fandi Othman pula terlalu bocor.

Tan Cheng Hoe juga masih perlu memberikan fokus kepada isu bolos dalam setiap perlawanan. Ini adalah masalah pasukan ini sejak awal musim. Mereka perlu menjaringkan 3 atau 4 gol untuk menang.

Man Of The Match

Baddrol Bakhtiar (Kedah) – Beliau adalah perbezaan terbesar kedua-dua pasukan dalam perlawanan ini. Melakukan 2 assist dan menjadi matchwinner dengan jaringan signature beliau.

13891845_1237469932952148_2603526127867542058_n

Baca juga:Analisis Taktikal Liga Super 2016: Kedah Naif Bertahan Dengan Garisan Defensif Tinggi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN